Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pendermaan organ dan tisu: Hadiah kehidupan buat pesakit yang menanti
  • KESIHATAN

Pendermaan organ dan tisu: Hadiah kehidupan buat pesakit yang menanti

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN... Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr. Ngian Hie Ung menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di DCC Courtyard, HUS, hari ini.

KUCHING: Pendermaan organ dan tisu bukan sekadar satu tindakan kebajikan, malah merupakan hadiah harapan dan dalam keadaan tertentu menjadi hadiah kehidupan buat pesakit yang sedang menanti.

Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr. Ngian Hie Ung berkata, walaupun peluang untuk menjadi penderma organ amat jarang kerana hanya kematian dalam keadaan tertentu yang membolehkan organ diambil, namun ia adalah sesuatu yang amat bernilai.

“Organ atau tisu yang didermakan adalah hadiah. Bagi yang berjaya menderma organ selepas meninggal dunia, ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan akan dihargai sepanjang hayat oleh penerimanya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di DCC Courtyard, Hospital Umum Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Dr. Ngian, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang faham mengenai prosedur pendermaan organ dan sering terkeliru dengan pelbagai salah tanggapan.

“Ada yang beranggapan organ akan diambil sebelum pesakit benar-benar disahkan meninggal dunia, tetapi perkara itu tidak benar sama sekali. Ujian ketat, termasuk ujian kematian otak, akan dilakukan terlebih dahulu sebelum proses pendermaan dijalankan. Tidak wujud soal sindiket atau manipulasi,” jelasnya.

Tambah beliau, kaunter pendermaan organ di HUS sentiasa dibuka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar sebagai penderma.

Dr. Ngian turut menggesa pihak media untuk membantu memberi kefahaman lebih luas kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftar sebagai penderma organ dan tisu.

“Saya berharap kerjasama semua pihak dapat mempromosikan pendermaan organ dan tisu kerana ia mampu menyelamatkan banyak nyawa. Inilah hadiah paling berharga bagi memberi harapan kepada insan lain,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Permintaan tinggi, rekod pendermaan organ kekal rendah
Next: Kesedaran pendermaan organ masih rendah di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.