Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Penderma darah kini boleh hadir terus ke Unit Transfusi Darah Hospital Sibu
  • KESIHATAN

Penderma darah kini boleh hadir terus ke Unit Transfusi Darah Hospital Sibu

Utusan Sarawak 9 hours ago
BANK DARAH…. Hospital Sibu menerima orang ramai yang ingin menderma darah secara hadir terus.

SIBU: Orang ramai yang ingin menderma darah kini boleh berbuat demikian secara hadir terus ke Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Bank Darah Hospital Sibu, penderma darah boleh hadir tanpa temu janji dari Isnin hingga Khamis, bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, dan disambung semula pada 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Bagi hari Jumaat, waktu operasi bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, dan bersambung pada 2.15 petang hingga 4.30 petang.


Unit Transfusi Darah tidak beroperasi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Sebagai galakan, pihak hospital turut menyediakan kemudahan parkir percuma serta minuman ringan secara percuma kepada semua penderma darah.

Orang ramai yang ingin menderma darah disarankan hadir terus ke Unit Transfusi Darah Hospital Sibu, atau mendapatkan maklumat lanjut melalui media sosial rasmi mereka di Facebook: Bank Darah Hospital Sibu dan Instagram: @bloodbanksibu.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: UNIFOR anjur program derma darah, 98 sumbang harapan nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.