Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penderitaan 80 peniaga terjejas berakhir Februari ini  
  • Utara
  • WILAYAH

Penderitaan 80 peniaga terjejas berakhir Februari ini  

Utusan Sarawak 4 months ago
KEMERIAHAN BERSAMA… Sufian  dan tetamu lain pada majlis Ramah Mesra Persatuan Alumni SJK Chung Hwa Limbang sempena sambutan Tahun Baru 2025. 

LIMBANG: Seramai 80 peniaga Pasar Malam Limbang yang terjejas akibat kurang pencahayaan di kawasan berkenaan bakal berakhir Februari ini.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata masalah teknikal berkaitan pencahayaan di kawasan itu berlaku selepas kerja penyelenggaraan longkang dilakukan di pasar malam tersebut sebelum ini.

“Kita sudah melakukan perbincangan bersama pihak SESCO mengenai masalah itu, dan ketika ini berlaku sedikit masalah teknikal.

“Kita jangka kawasan pasar malam bakal diterangi lampu yang cantik dan menarik pada Februari ini nanti,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Persatuan Alumni Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Limbang Sempena Tahun 2025, hari ini.

Turut sama ialah Pengerusi Persatuan Alumni SJK Chung Hwa Limbang Penghulu Ang Chiw Kiam.

Sebelum ini, lebih 60 peniaga pasar malam itu terpaksa berniaga dalam gelap, menyebabkan pusat perniagaan  utama yang  menjadi daya tarikan pelancong dan pengunjung  menjadi suram dan tidak semeriah dulu.

Suasana gelap ekoran tiada kemudahan lampu disediakan di kawasan itu menjejaskan aktiviti berniaga selain menimbulkan keadaan suram dan tidak menarik.

Meskipun terletak di pusat bandar dan agak strategik, namun kurang meriah sejak peniaga ditempatkan di kawasan itu September lepas selepas kerja menarik taraf longkang di kawasan sama dilakukan.

Pasar Malam Limbang merupakan satu lagi tumpuan pelancongan utama di bawah MDL selepas dibina pada 2019.

Ia merupakan pusat berjaja utama untuk peniaga di daerah berkenaan dan merekodkan keuntungan mencecah RM1 juta setiap tahun.

Bagaimanapun, keadaan longkang yang berbau di kawasan itu menyebabkan kira-kira 60 peniaga  ditempatkan di kawasan sementara di Dataran Amphitheatre sebelum ini.

Kesemua peniaga dipindahkan semula ke kawasan itu selepas kerja menaik taraf kemudahan longkang dan mengindahkan kawasan itu siap pada September lalu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan, agenda pembangunan terpenting negara
Next: 970 calon sertai Program BLM B2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.