Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendekatan turun padang terus jadi keutamaan santuni penduduk rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendekatan turun padang terus jadi keutamaan santuni penduduk rumah panjang

Utusan Sarawak 3 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pendekatan turun padang terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing.

Ia adalah bagi memastikan kebajikan masyarakat luar bandar sentiasa diberi perhatian sepanjang siri lawatan pra Hari Gawai ke rumah panjang.

Katanya, ia bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim menjelang sambutan, malah menjadi platform penting untuk mendengar sendiri keperluan penduduk dan meninjau keadaan prasarana di kawasan terlibat.

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita akan terus berusaha memastikan kemudahan asas dapat dinikmati oleh semua penduduk demi kesejahteraan bersama,” katanya kepada media ketika lawatan ke beberapa buah rumah panjang di kawasan Batu 7 dan Batu 8 Jalan KJD, baru-baru ini.

Tambahnya, antara perkara yang diberi perhatian sepanjang lawatan tersebut termasuk keadaan jalan perhubungan, kemudahan bekalan elektrik dan air serta keperluan membaik pulih atau menaik taraf rumah panjang sedia ada.

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Walaupun terdapat beberapa rumah panjang yang sedang dalam proses pembinaan baharu dan dinaik taraf melalui pelbagai inisiatif kerajaan, masih terdapat keperluan tambahan yang perlu diberi perhatian segera.

“Oleh itu, setiap permohonan yang diterima akan diteliti dengan sebaiknya dan saya akan berusaha mendapatkan peruntukan di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi 2027,” katanya.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penduduk termasuk tuai rumah, warga emas, golongan belia dan kanak-kanak bagi mendengar pandangan serta cadangan berkaitan pembangunan kawasan.

Antara rumah panjang yang dilawati termasuklah Rumah Changgai, Rumah Ingol, Rumah Hidi, Rumah Kinchu, Rumah Cherida dan Rumah Ranggi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Buong Ong; Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing; Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Meradong, Tuai Rumah Kichu Ajan dan Kapitan Wong Leh Hee.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Kabong perkukuh jentera akar umbi hadapi cabaran politik semasa
Next: Peranan KMKK semakin penting sebagai ‘jambatan’ penghubung rakyat dengan pemimpin dan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.