Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pendekatan ‘turun padang’ jadi teras penyelesaian masalah projek
  • SEMASA

Pendekatan ‘turun padang’ jadi teras penyelesaian masalah projek

Utusan Sarawak 1 day ago
UGGAH berucap pada Majlis Apresiasi Jabatan Kerja Raya Sarawak di sebuah hotel di sini.

BINTULU: Pendekatan ‘turun padang’ dan tindakan segera di tapak projek perlu dijadikan amalan utama dalam menangani kelewatan pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemantauan semata-mata tidak memadai jika punca sebenar masalah tidak dikenal pasti dan ditangani secara terus di lapangan.

Beliau berkongsi kejayaan menyelesaikan isu penyerahan tapak bagi projek pembinaan jalan ke lapangan terbang dalam tempoh hanya 30 minit selepas beliau dan pegawai terlibat turun ke lokasi.

“Surat tawaran dan penyerahan tapak telah dibuat empat bulan lalu tetapi masih menghadapi masalah, namun sebaik kami turun padang, isu itu dapat diselesaikan dalam masa setengah jam sahaja, justeru pendekatan turun ke lapangan dan mengambil tindakan segera wajar diterapkan,” katanya.

Uggah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.

Tambah beliau, JKR Sarawak kini bertanggungjawab melaksanakan 466 projek pembangunan bernilai keseluruhan RM42.68 bilion, di mana 200 projek telah siap, 138 akan ditender tahun ini, dan 128 lagi sedang giat dilaksanakan.

Sebanyak 15 projek kini lewat daripada jadual asal, manakala lapan lagi dikategorikan sebagai lewat jadual kritikal, iaitu satu penurunan berbanding 26 projek yang lewat pada Mac lalu.

“Ini satu peningkatan yang positif, namun JKR tidak boleh leka.

“Kita perlu terus menjalankan pemantauan rapi dan melihat sendiri cabaran sebenar di tapak projek,” ujarnya.

 UGGAH menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara pada Majlis Apresiasi Jabatan Kerja Raya Sarawak di sebuah hotel di Bintulu malam tadi.

Beliau turut menegaskan keperluan kerjasama erat antara agensi teknikal seperti Jabatan Tanah dan Survei, pihak berkuasa tempatan serta agensi utiliti dalam menjayakan pelaksanaan projek.

“Setiap projek perlu diselaras dari peringkat awal.

“Saya mencadangkan agar analisis laluan kritikal dilaksanakan sebaik sahaja perancangan dimulakan supaya potensi kelewatan dapat dikenal pasti dan ditangani lebih awal,” jelasnya.

Uggah turut memuji langkah proaktif JKR dalam menangani projek yang tertangguh, termasuk mengambil alih kerja pemasangan utiliti bagi projek jalan di Matang yang terjejas akibat kelewatan perpindahan kemudahan tersebut.

“Ini antara contoh penyelesaian yang berkesan.

“Kita tidak boleh tunggu orang lain. Yang penting, setiap projek mesti disiapkan mengikut jadual,” tegasnya.

Beliau turut menggesa semua agensi pelaksana untuk terus bekerjasama secara profesional demi memastikan agenda pembangunan negeri Sarawak dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan tanpa kelewatan.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi; Datuk Ir. Aidel Lariwoo serta Pengarah JKR, Dr. Cassidy Morris.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: 352 peserta antarabangsa kunjungi rumah panjang di Sibu
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah sertai ‘Unity Walk’ sempena Hari Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.