Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendekatan teknologi alternatif strategi Sarawak perluas akses air bersih
  • TEMPATAN

Pendekatan teknologi alternatif strategi Sarawak perluas akses air bersih

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Julaihi Narawi ketika berucap ringkas semasa mengetuai lawatan kerja rasmi kementeriannya di Pusat Operasi Wessex Water, milik YTL Corporation, United Kingdom (UK) di London, baru-baru ini. Foto UKAS

LONDON: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) giat meneroka teknologi alternatif bagi memperluas akses air bersih khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sukar dijangkau melalui kaedah konvensional.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata langkah ini penting kerana masih banyak kawasan luar bandar dan pedalaman berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air melalui kaedah konvensional dan kerajaan Sarawak tidak mahu mereka terus ketinggalan daripada menikmati kemudahan asas tersebut.

“Di Sarawak, kita sudah mempunyai bekalan air di kawasan bandar, namun masih terdapat kawasan pedalaman yang sukar diakses. Oleh itu, kita perlu menggunakan teknologi yang berbeza untuk membolehkan bekalan air disalurkan ke kawasan-kawasan ini, kerana kaedah konvensional tidak lagi sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas semasa mengetuai lawatan kerja rasmi kementeriannya di Pusat Operasi Wessex Water, milik YTL Corporation, United Kingdom (UK) di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi turut menyatakan bahawa Sarawak bersedia mempelajari pendekatan dan teknologi terbaik yang telah terbukti berkesan, seperti di UK, terutama dari sektor swasta yang telah berjaya dalam pengurusan air.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mempelajari teknologi dan kaedah pengurusan terbaik yang digunakan oleh Wessex Water. Saya tahu YTL Corporation telah menunjukkan prestasi yang baik dalam hal ini,”ujarnya.

Tambahnya, meskipun agensi air di Sarawak masih dimiliki oleh kerajaan negeri dan bergantung kepada dana awam, pengurusan yang efisien dan inovatif tetap menjadi keutamaan kementeriannya demi kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Dato Sri Julaihi berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil syarikat utiliti air terkemuka itu, yang merangkumi aspek prestasi, peraturan air di UK, pengurusan sumber air, teknologi sistem pintar dan inovasi, selain pelaburan yang dirancang antara 2025 dan 2030.

Turut hadir Setiausaha Tetap MUT Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi, Timbalan Setiausaha Kewangan Sarawak (SFS) Datu Hasmawati Sapawi, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn. Bhd. Malseni Jamal. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tujuh acara utama sempena sambutan perayaan hari lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri
Next: Hadiah lebih RM10,000 taruhan Kejohanan Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.