Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendekatan pertanian lestari jamin masa depan komuniti rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendekatan pertanian lestari jamin masa depan komuniti rumah panjang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DARI KAMI… Insol Bindu (kiri) menerima cenderamata daripada Jiram Mardan sambil disaksikan oleh Christopher Kelibit.

SIBU: Penduduk rumah panjang digesa agar memanfaatkan pendekatan pertanian lestari sebagai langkah meningkatkan hasil pertanian sambil memelihara alam sekitar.

Penolong Pegawai Pertanian Daerah Sibu, Henry Unggang Uning berkata, pendekatan itu meliputi penggunaan sumber secara optimum, pengurangan bahan kimia serta pemeliharaan biodiversiti bagi menjamin kelestarian jangka panjang.

“Teknik seperti penggunaan tanaman penutup bumi, sistem pengairan titisan dan kaedah pengawalan penyakit tanaman secara mekanikal dapat memaksimumkan hasil sambil memelihara kesihatan tanah dan ekosistem,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada Program Pertanian Komuniti 2025 yang berlangsung di Rumah Maling, Sungai Aup di sini, Sabtu lalu.

Lebih menarik, peserta turut didedahkan dengan penggunaan teknologi hijau seperti dron untuk pemantauan ladang yang bukan sahaja menjimatkan tenaga kerja, malah meningkatkan kecekapan.

Program sehari itu turut memperkenalkan konsep Resident Councillorship System (RCS) yang bertujuan menyemai kesedaran tentang kepentingan pertanian mampan dalam memperkukuh ketahanan ekonomi masyarakat luar bandar.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertanian Sibu, Insol Bindu mengetengahkan konsep Pertanian Bandar dan Pertanian Sara Diri sebagai alternatif yang praktikal untuk masyarakat.

“Pertanian bandar sesuai dilaksanakan di ruang terhad seperti balkoni, bumbung bangunan atau lot tanah kecil. Ia bukan sahaja mengurangkan kos sara hidup, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian bandar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pertanian sara diri memberi tumpuan kepada penghasilan makanan untuk kegunaan keluarga sendiri, seperti menanam sayuran, memelihara ayam kampung dan menternak ikan.

“Kedua-dua pendekatan ini berskala kecil, mesra alam dan mampu mengurangkan kebergantungan kepada pasaran makanan, sekali gus menyokong gaya hidup sihat,” tambahnya.

Program yang disertai lebih 100 penduduk dari kawasan sekitar turut menampilkan sesi interaktif, memberi peluang kepada peserta menguji kefahaman mereka tentang teknik pertanian yang dibentangkan.

Turut hadir Kaunselor Jiram Mardan dan Kaunselor Christopher Kelibit.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK adalah duta masyarakat, perlu tunjuk teladan terbaik kepada rakyat
Next: AeroBig Sarawak 2025 bakal satukan rakyat melalui kecergasan, kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.