Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendekatan komuniti perkukuh keselamatan rumah, hadapi kecemasan
  • TEMPATAN

Pendekatan komuniti perkukuh keselamatan rumah, hadapi kecemasan

Utusan Sarawak 2 hours ago
UCAPAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap pada Program Komuniti, Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak di Kompleks Beli-belah Boulevard di Bintulu, semalam.

BINTULU: Penglibatan aktif masyarakat di peringkat akar umbi dikenal pasti sebagai elemen penting dalam memperkukuh keselamatan kediaman serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pendekatan berasaskan komuniti mampu membentuk budaya pencegahan yang lebih berkesan dalam menangani risiko kebakaran dan bencana alam.

Menurut beliau, kesedaran yang dibina melalui program komuniti dapat membantu penduduk memahami tanggungjawab masing-masing dalam menjaga keselamatan persekitaran.

Katanya, pendidikan awal dan perkongsian maklumat secara berterusan perlu dijadikan amalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SIMBOLIK… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan simbolik perasmian Program Komuniti, Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak di Bintulu.

“Keselamatan kediaman bukan hanya bergantung kepada pihak berkuasa.

“Ia memerlukan penglibatan semua pihak di peringkat komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan Program Komuniti, Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak di Kompleks Beli-belah Boulevard di sini, semalam.

Dr Sim berkata, masyarakat perlu sentiasa peka terhadap aspek keselamatan asas seperti keadaan pendawaian elektrik, penggunaan peralatan memasak dan penyimpanan bahan mudah terbakar.

Menurutnya, pemantauan secara berkala dapat mengurangkan risiko berlakunya kebakaran di kawasan perumahan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam, khususnya banjir yang sering berlaku semasa musim hujan.

Katanya, pengalaman lalu membuktikan bahawa persediaan awal mampu mengurangkan impak terhadap penduduk.

PENYAMPAIAN…Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai pertandingan sempena Program Komuniti, Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak di Bintulu.

“Masyarakat perlu mempunyai pelan kecemasan keluarga serta mengetahui laluan pemindahan sekiranya berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan perlu diperkukuh bagi memastikan tindakan pantas dapat dilaksanakan.

Tambah beliau, sokongan pemimpin komuniti dan persatuan penduduk juga penting dalam menyampaikan maklumat keselamatan kepada orang ramai.

Menurutnya, pendekatan menyeluruh yang melibatkan kerajaan, agensi dan masyarakat mampu membina komuniti yang lebih berdaya tahan.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan kediaman dan kesiapsiagaan bencana merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipupuk secara berterusan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sulie bawa Sluvi ke pentas global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.