Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendekatan bersepadu perkukuh kebajikan gelandangan, tiga TTG Sarawak operasi penuh tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendekatan bersepadu perkukuh kebajikan gelandangan, tiga TTG Sarawak operasi penuh tahun ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sijil pelantikan kepada agensi yang terlibat.
 

SIBU: Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Tempat Transit Gelandangan (TTG) di peringkat negeri dan bahagian, yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan strategik, diyakini dapat mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan gelandangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan ditangani secara lebih menyeluruh dan berkesan.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan tiada golongan tercicir dan setiap individu diberi peluang memulakan kehidupan baharu secara bermaruah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Penasihat TTG Sibu di Pejabat Residen Bahagian Sibu, semalam.

Fatimah berkata, sebanyak tiga TTG di Sarawak dijangka beroperasi sepenuhnya tahun ini, melibatkan TTG Sibu, TTG Kuching dan TTG Bintulu.

Menurutnya, ketika ini dua TTG telah beroperasi, iaitu TTG Sibu sejak 2021 dan TTG Kuching yang mula beroperasi pada 11 Julai 2025, manakala TTG Bintulu kini berada di peringkat akhir penyediaan peralatan dan perabot.

“Siapnya TTG Bintulu, tiga TTG di Sarawak akan beroperasi sepenuhnya bagi menyediakan tempat perlindungan sementara yang selamat kepada golongan gelandangan,” katanya.

Mengulas statistik, Fatimah berkata, jumlah gelandangan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga Oktober 2025 direkodkan seramai 133 orang pada 2023 dan 127 orang setakat Oktober 2025, berdasarkan purata bulanan memandangkan golongan berkenaan keluar masuk dan bukan individu yang sama.

Bagi Sibu, jumlah gelandangan direkodkan seramai 37 orang pada 2023, meningkat kepada 48 orang pada 2024 dan 53 orang setakat Oktober 2025.

Sementara itu, TTG Kuching mencatat sekitar 20 hingga 66 orang sepanjang 2025 susulan tempoh operasinya yang masih baharu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran gas di SK Tudan: Kawalan keselamatan dipertingkat, sekolah diteruskan seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.