Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pendekatan ala ‘Ngap Sayot’ bekerja secara berpasukan perlu – Abang Johari
  • SEMASA

Pendekatan ala ‘Ngap Sayot’ bekerja secara berpasukan perlu – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Hikmah Exchange, di sini, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Pendekatan tiga pihak melibatkan kerjasama erat antara kerajaan, majikan dan pekerja adalah elemen penting dalam memacu pembangunan tenaga kerja dan ekonomi negeri Sarawak secara menyeluruh.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kekuatan hubungan antara tiga pihak ini akan memastikan kemajuan yang seimbang dan mampan di negeri ini.

“Kalau tiga segi itu betul, majulah negara dan negeri kita. Jadi, ia mesti ada saling berhubung antara tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bekerja dalam satu pasukan, macam Ngap Sayot.

“Semangat Ngap Sayot itulah yang harus mengangkat pembangunan di negeri Sarawak,” katanya pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tibda di sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Hikmah Exchange, di sini, hari ini. Foto UKAS

Abang Johari berkata Sarawak memiliki keistimewaan dalam sistem perundangan buruh melalui Ordinan Buruh Sarawak (SLO) yang wujud hasil Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain Akta Kerja di peringkat persekutuan.

“Kadangkala, butiran undang-undang ini hendaklah kita teliti dengan baik lebih-lebih lagi SLO kerana kita mesti mempertahankan hak pekerja Sarawak di bawah ordinan tersebut. Kalau kita serah sahaja, mungkin ada hak kita terhakis,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan menyesuaikan undang-undang buruh tempatan dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) tanpa mengabaikan keunikan perundangan Sarawak.

Dalam sidang media kemudian, beliau memaklumkan bahawa proses permohonan permit kerja untuk tenaga kerja luar di Sarawak telah dipercepatkan secara ketara melalui pelaksanaan sistem Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU), selari dengan penggunaan teknologi digital dan perkongsian data antara agensi kerajaan.

“Sebelum ini, proses permohonan tersebut biasanya mengambil masa sekitar 190 hari, atau sehingga 8 bulan. Namun kali ini, kita telah berjaya mengurangkan tempoh itu kepada 60 hari, dan kita menyasarkan untuk mengurangkannya lagi kepada 30 hari,” katanya.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelukan terakhir arwah kekal dalam ingatan – Adik
Next: Kerajaan Sarawak fokus ekonomi baharu, pekerja berkemahiran tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.