Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pendapatan TH Plantations meningkat 14 peratus kepada RM179.13
  • BISNES

Pendapatan TH Plantations meningkat 14 peratus kepada RM179.13

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENDAPATAN TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

KUALA LUMPUR: Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

THP dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peningkatan pendapatan itu didorong terutamanya oleh harga realisasi purata lebih tinggi bagi minyak sawit mentah, isirung sawit dan tandan buah segar walaupun jumlah jualan lebih rendah untuk produk ini.

Mengenai prospek, ia berkata kumpulan itu kekal fokus dan berdaya tahan dalam mencapai sasaran prestasinya bagi tahun kewangan 2025 dan pada masa sama berhati-hati dalam persekitaran operasi yang mencabar dan sukar dijangka.

Bagaimanapun, keuntungan bersih THP susut kepada RM12.85 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM13.04 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata kumpulan itu akan terus menumpukan pada inisiatif peningkatan hasil, mekanisasi dan pengoptimuman kos bagi mengukuhkan lagi daya tahan operasi selaras dengan AL-Falah 22/22, pelan perniagaan strategik lima tahun THP.

“Antara strategi utama termasuk memperluas program penanaman semula dengan bahan tanaman berproduktiviti tinggi, mempercepatkan usaha pendigitalan serta memperkukuh pematuhan ESG selaras dengan piawaian kelestarian global.

“THP komited untuk terus menyampaikan nilai jangka panjang kepada para pemegang taruh dan memastikan pertumbuhan operasi yang mampan dan bertanggungjawab,” katanya.

Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan itu menjangkakan prestasi kewangan memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 dan kekal optimis terhadap keberkesanan strategi serta inisiatif sedang dilaksanakan dalam menangani cabaran semasa.– Bernama

Continue Reading

Previous: Negara G7 bersatu dalam usaha stabilkan pasaran global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.