Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendakwa raya AS terlibat kes Epstein dan Diddy dilaporkan dipecat
  • GLOBAL

Pendakwa raya AS terlibat kes Epstein dan Diddy dilaporkan dipecat

Utusan Sarawak 21 hours ago
MAURENE Comey.

WASHINGTON: Maurene Comey, pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali kerana peranannya dalam siasatan berprofil tinggi melibatkan Jeffrey Epstein dan Sean “Diddy” Combs, telah dipecat, menurut laporan media AS yang dipetik oleh Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu.

Punca pemecatan Comey tidak dinyatakan dengan jelas setakat ini, menurut laporan portal Politico dan akhbar The New York Times.

SEAN “Diddy” Combs.

Maurene Comey, anak kepada bekas pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey, sebelum ini mengendalikan kes persekutuan terhadap Epstein, seorang pesalah seks yang disabitkan kesalahan, serta Combs, seorang penerbit muzik yang awal bulan ini disabitkan dengan dua pertuduhan berkaitan pelacuran.

James Comey dipecat pada 2017 oleh Presiden Donald Trump ketika FBI sedang menyiasat dakwaan kaitan antara Moscow dan anggota pasukan kempen Trump bagi Pilihan Raya Presiden 2016.

Epstein meninggal dunia pada 2019 dalam sel penjara di New York dalam insiden yang secara rasmi diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Namun, terutama dalam kalangan konservatif kanan di AS, kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan tokoh elit negara itu.

Minggu lalu, FBI sekali lagi mengesahkan bahawa kematian Epstein adalah akibat bunuh diri dan tiada bukti mengaitkan individu berprofil tinggi lain atau kewujudan “senarai” pelanggan berpengaruh. Kenyataan itu menerima kritikan balas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harry teruskan legasi Diana dalam lawatan ke lokasi periuk api di Angola
Next: Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kebakaran besar di pusat beli-belah di Iraq

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.