Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Pendaki Nepal catat sejarah dengan 50 pendakian melebihi 8,000 meter
  • INSPIRASI

Pendaki Nepal catat sejarah dengan 50 pendakian melebihi 8,000 meter

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENDAKI gunung Nepal, Nirmal Purja mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama di dunia menamatkan 50 pendakian di gunung melebihi 8,000 meter selepas menawan puncak Nanga Parbat di utara Pakistan.

KARACHI: Pendaki gunung Nepal, Nirmal Purja mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama di dunia menamatkan 50 pendakian di gunung melebihi 8,000 meter selepas menawan puncak Nanga Parbat di utara Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Daripada 50 pendakian itu, 22 daripadanya dilakukan tanpa bantuan oksigen tambahan, satu rekod dunia baharu, menurut Kelab Alpine Pakistan, badan rasmi pendakian negara dalam kenyataan semalam.

Nanga Parbat, setinggi 8,126 meter dan digelar ‘killer mountain’ yang terletak di wilayah indah Gilgit-Baltistan namun dianggap antara puncak paling berbahaya di dunia kerana keadaan muka buminya yang mencabar.

“Ini adalah pendakian paling berbahaya dalam hidup saya, berdepan tiupan angin kencang, ais dan runtuhan batu,” kata Purja selepas berjaya menawan puncak itu.

Purja mendedikasikan pendakian itu bagi memperingati 200 tahun persahabatan Nepal-United Kingdom, sambil membawa bendera sebagai mengenang perkhidmatannya dalam Gurkha dan Pasukan Khas UK.

Beliau sebelum ini terkenal dengan rekod ‘Project Possible’ pada 2019 apabila menawan kesemua 14 puncak dunia setinggi 8,000 meter dalam tempoh masa hanya enam bulan enam hari, satu pencapaian yang didokumentasikan dalam filem Netflix ‘14 Peaks: Nothing is Impossible’.

NANGA Parbat, setinggi 8,126 meter dan digelar ‘killer mountain’ yang terletak di wilayah indah Gilgit-Baltistan namun dianggap antara puncak paling berbahaya di dunia.

Pada 2021, Purja turut menjadi sebahagian daripada pasukan yang mencatat sejarah pendakian musim sejuk pertama di K2 tanpa bantuan oksigen.

Kini, beliau sedang meneruskan cabaran ‘Hat-Trick Challenge’ untuk menawan semua puncak melebihi 8,000 meter serta Tujuh Puncak Dunia buat kali ketiga, dengan hasil kutipan akan disalurkan kepada kerja-kerja amal yayasannya.

“Dengan kejayaan menamatkan 50 pendakian di puncak melebihi 8,000 meter, Purja mengukuhkan legasinya sebagai antara pendaki terhebat dalam sejarah,” menurut kenyataan itu.

Selain aktiviti pendakian, Purja turut menubuhkan Yayasan Nimsdai yang memberi sokongan kepada bidang pendidikan, projek alam sekitar dan komuniti pergunungan.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Dari sentuhan tangan ke hati pelanggan, dulang cincin Borneo jadi pilihan terkini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.