Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pendaki Malaysia diselamatkan selepas tergelincir di Gunung Rinjani
  • SEMASA

Pendaki Malaysia diselamatkan selepas tergelincir di Gunung Rinjani

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENDAKI Malaysia Nazli Awan Mahat berjaya diselamatkan selepas tergelincir dan mengalami kecederaan semasa mendaki ke Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

JAKARTA: Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas tergelincir dan mengalami kecederaan semasa mendaki ke Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia, kata pihak berkuasa.

Kejadian berlaku semalam pada 3.20 petang waktu tempatan apabila seorang pemandu pelancong tempatan memaklumkan kepada Resort Sembalun mengenai seorang warga asing yang cedera, dikenali sebagai Nazli Awan Mahat.

Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) Yarman berkata pendaki berkenaan berjaya dipindahkan pada Sabtu dan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Sembalun pada 8.30 pagi.

“Keadaan pendaki adalah stabil dan beliau dapat menjalankan aktiviti seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha menyelamat bermula pada 3.22 petang waktu tempatan pada Jumaat, melibatkan pasukan pemindahan seramai lapan anggota termasuk petugas perubatan dari Pusat Perubatan Kecemasan Gunung.

Yarman mengingatkan pengunjung ke taman negara itu supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan keselamatan semasa mendaki.

Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, merupakan destinasi popular dalam kalangan pendaki.

Resort Sembalun adalah sebahagian daripada zon pengurusan timur taman negara yang bertanggungjawab terhadap pemuliharaan hutan dan aktiviti pelancongan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah raikan mempelai Raja Sehari, Ahmed Faqi dan Sabrina Fatin
Next: DBKU rangkul Anugerah Rosa Sinensis 2025, pengiktirafan cemerlang landskap negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.