Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penceramah bebas disiasat kes sebar video seks isteri
  • JENAYAH

Penceramah bebas disiasat kes sebar video seks isteri

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SHAH ALAM:  Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu pada 12 tengah hari, 16 Jun lepas, mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madunya serta beberapa wanita lain.

“Bertindak atas siasatan, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek. 

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek telah dijumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan juga gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata lelaki berkenaan direman empat hari hingga hari ini dan diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765 atau ke balai polis berdekatan. — Bernama

Continue Reading

Previous: 1,005 majikan ditahan kerana mengaji, lindungi pendatang tanpa izin
Next: Bot nelayan ditahan di perairan Pulau Bruit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.