Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini
  • NASIONAL

Pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
OPERASI pencarian MH370 bakal dimulakan semula pada 30 Disember, menandakan komitmen Malaysia mencari jawapan selepas lebih satu dekad tragedi.

PUTRAJAYA: Pencarian di kawasan laut dalam bagi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan disambung semula pada 30 Dis ini, menurut Kementerian Pengangkutan.

Kenyataan kementerian itu hari ini memaklumkan Ocean Infinity telah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa ia akan menyambung semula operasi pencarian dasar laut selama 55 hari, yang akan dilaksanakan secara berselang-seli.

“Operasi pencarian akan memfokus kepada kawasan sasaran yang dinilai mempunyai kebarangkalian tertinggi bagi mengesan pesawat itu, selaras dengan perjanjian perkhidmatan yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa perkembangan terkini itu menegaskan komitmen Kerajaan Malaysia untuk memberikan penutupan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi tersebut.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Meskipun operasi pencarian, iaitu antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan, telah dilakukan secara bersama oleh Malaysia, Australia dan China, pesawat itu gagal dikesan dalam zon pencarian utama di selatan Lautan Hindi. 

Sejak itu, beberapa serpihan pesawat yang disahkan atau dipercayai berasal daripada MH370 telah ditemukan di sepanjang pantai di barat Lautan Hindi termasuk Mozambique, Madagascar dan Pulau Réunion.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga Menteri angkat sumpah penggal kedua sebagai Senator Dewan Negara
Next: MCMC perkasa keselamatan dalam talian, kesan 957 kes kandungan jelik kanak-kanak sejak 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.