Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pencarian hari keempat Juong Emok dibantu Unit K9
  • WILAYAH

Pencarian hari keempat Juong Emok dibantu Unit K9

Utusan Sarawak 2 years ago

Pasukan SAR dengan bantuan K9 meneruskan operasi pencarian Juong Emok yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri berjalan kaki menuju ke kebun.

TATAU:  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun berdekatan Rumah Panjang Kanyan Kenyarai di sini baru-baru ini, diteruskan hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, operasi yang memasuki hari keempat itu dilaksanakan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

“Operasi yang memasuki hari keempat bermula pada 8.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, operasi sebelum ini dibantu penduduk kampung yang mana ia melibatkan radius kawasan pencarian sejauh lima kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Namun, tambahnya, operasi tersebut terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca sebelum ia disambung semula semalam.

Pada Rabu lalu, Juong Emok, 52, keluar berjalan kaki seorang diri ke kebun sekitar 6.00 petang untuk berjumpa dengan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, menurut keluarga mangsa, mangsa dikatakan tidak sampai di tempat yang ditujui.

Ujar Kamarudin, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 12.05 tengah hari Sabtu sebelum melancarkan SAR untuk mengesan mangsa. 

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: MPS tunggu kelulusan KPKT – Tiang
Next: Mayat lelaki tempatan dijumpai di tanah perkuburan Jalan Kelupu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.