KUCHING: Pencarian dua tahanan warga Indonesia yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah sekitar 1.00 petang Isnin lalu diperluaskan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri mengesahkan bahawa polis memperluaskan kawasan pencarian sehingga ke radius 5 km.
“Selain itu, kita juga menambah seramai 112 anggota untuk membantu pencarian.
“Termasuk K9 daripada Jabatan Bomba, Platun Tiger dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit dron dari Air Wing PDRM bagi mencari dua tahanan warga Indonesia yang meloloskan diri dari Balai Polis Tapah,” ujarnya.
Mohd Azman yang melawat Balai Polis Tapah berkata, polis daerah lain turut terlibat mengendalikan sekatan jalan raya untuk tujuan pencarian kedua-dua suspek berkenaan..
Kedua-dua suspek itu, Kelvin (21) dan Bony (31) dari Jawa Timur ditahan pada 7 Jun lalu atas kesalahan berkaitan imigresen dan ditempatkan di lokap Balai Polis Tapah.
Oleh Connie Chieng