Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penarikan diri Harimau Malaya saat akhir ganggu persiapan Piala CAFA 2025
  • SUKAN

Penarikan diri Harimau Malaya saat akhir ganggu persiapan Piala CAFA 2025

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEJOHANAN Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang dijadual berlangsung dari 29 Ogos hingga 8 September ini.

KUALA LUMPUR: Penarikan diri Harimau Malaya daripada Kejohanan Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang dijadual berlangsung dari 29 Ogos hingga 8 September pada saat akhir, telah mengganggu kelancaran penganjuran kejohanan itu.

Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka faham dengan alasan diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu kejohanan itu tidak berada sepenuhnya dalam jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu dari 1 hingga 9 September, yang menyebabkan kesukaran dalam penyediaan pemain.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, peraturan kejohanan dan pendaftaran akhir pemain terpilih daripada senarai awal 35 orang, boleh dikemukakan mengikut satu perlawanan demi satu perlawanan.

“Ini membolehkan fleksibiliti maksimum, termasuk kemungkinan pemain utama menyertai pasukan untuk perlawanan seterusnya,” menurut kenyataan itu hari ini.

CAFA turut menegaskan bahawa penyertaan Malaysia sebelum ini telah disahkan lebih awal dengan kesedaran penuh terhadap tarikh dan jadual kejohanan yang tidak pernah diubah sejak awal.

Terdahulu hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa keputusan menarik diri dibuat, susulan perubahan tarikh perlawanan yang kini berada di luar jendela perlawanan antarabangsa FIFA, sekali gus menimbulkan cabaran dari segi logistik, ketersediaan pemain dan persiapan keseluruhan skuad.

Walaupun Malaysia menarik diri, CAFA tetap komited untuk menganjurkan kejohanan yang berkualiti tinggi dan kompetitif untuk rakyat Asia Tengah dan lainnya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang mengambil bahagian atas sokongan dan kerjasama yang berterusan,” menurut kenyataan itu.

Malaysia, yang kini berada di ranking ke-125 dunia, sepatutnya beraksi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Tajikistan, juara bertahan Iran dan Afghanistan.

Kumpulan A pula menyaksikan Uzbekistan selaku tuan rumah bersama, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Oman.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool sedia labur RM682.95 juta untuk sambar Isak
Next: Kebudayaan, kemanusiaan, muzik bersatu di pembukaan WUG 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.