Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penantian lebih sedekad penduduk Daro berakhir, Projek Klinik Kesihatan bernilai RM46.8 juta dimulakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Penantian lebih sedekad penduduk Daro berakhir, Projek Klinik Kesihatan bernilai RM46.8 juta dimulakan

Utusan Sarawak 2 hours ago
APA KHABAR… Safiee bersalaman sambil bertanya khabar orang ramai yang hadir pada Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) di tapak projek Kampung Tengah, hari ini.

DARO: Penantian lebih sedekad penduduk Daro untuk memiliki kemudahan kesihatan yang lebih moden akhirnya menjadi kenyataan apabila projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) bernilai RM46.8 juta dimulakan secara rasmi hari ini.

UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT… Safiee menyempurnakan Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) di tapak projek Kampung Tengah, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyempurnakan Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) di tapak projek Kampung Tengah.

Projek tersebut telah bermula secara rasmi pada 4 Februari 2026 dengan tempoh kontrak selama 30 bulan dan dijangka siap pada 3 Ogos 2028.

AMANAT… Safiee ketika berucap pada Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) di tapak projek Kampung Tengah, hari ini.

Pembinaan klinik baharu itu dilaksanakan oleh Dasanrama Sdn Bhd dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bahagian Mukah.

Safiee berkata, projek tersebut amat dinantikan penduduk setempat bagi menggantikan Klinik Kesihatan Daro lama yang musnah dalam kebakaran pada 7 Oktober 2015.

“Dengan siapnya klinik baharu ini kelak, ia bukan sahaja mengakhiri penantian masyarakat Daro, malah menyediakan kemudahan kesihatan dan perubatan yang lebih baik, selesa, lengkap serta moden kepada rakyat khususnya di Daro dan kawasan sekitarnya.

UNTUK KENANGAN…. Safiee merakam kenangan selepas merasmikan Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro (Fasa II) di tapak projek Kampung Tengah, hari ini.

“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, hari 

Turut hadir Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, Jurutera Bahagian JKR Mukah, Ts Awang Dasuki Awang Dol, Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan 
Next: Projek Pusat Tahfiz Saratok bernilai RM500,000 dilaksana tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.