Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penantian 13 tahun tertunai
  • TEMPATAN

Penantian 13 tahun tertunai

Utusan Sarawak 2 years ago
USANG… Keadaan rumah milik Goh Ah Miaw. 

SIBURAN: Menerusi laman media sosial Facebook milik Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, beliau telah memuat naik satu video menyentuh perasaan melibatkan perjuangan selama 13 tahun sebuah keluarga demi sebuah kediaman baharu yang selesa dan selamat untuk didiami.

Menurut Willie, kontrak pembinaan kediaman Goh Ah Miaw kini sudah diserahkan kepada kontraktor yang terpilih. 

Jelasnya, penantian Goh Ah Miaw akhirnya tertunai apabila kontrak pembinaan rumahnya telah diluluskan. 

“Projek bantuan tersebut diluluskan tiga tahun lalu namun tergendala akibat berlakunya pertukaran pemerintahan beberapa kali melibatkan Kerajaan Pusat.

“Projek ini (pembinaan rumah Goh Ah Miaw) dijangka siap pada tahun ini. Setelah siapnya projek ini, harapan saya semoga mensejahterakan pemilik rumah, Goh Ah Miaw dan anak-anaknya. 

“Ini merupakan hasrat kita iaitu untuk memberi pembangunan kepada setiap lapisan masyarakat,” ujarnya. 

Menurut beliau lagi, pembinaan rumah Goh Ah Miaw ini adalah di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR). 

Majlis ringkas penyerahan kontrak di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) ini diadakan di Siburan, kelmarin. 

Turut hadir di lapangan, Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari, Kapitan Irene Chia, Penghulu Muari Jagan, Kapitan Chong Kuet Fah, Kapitan Lee Syian Yih dan Pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Negeri (SDO). 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Remaja lelaki ceroboh, curi diperintah berkelakuan baik
Next: IEW 2023: 5,000 peserta 25 negara berhimpun di BCCK 13-15 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.