Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penangguhan sistem e- invoice beri masa peniaga sesuaikan diri
  • BISNES

Penangguhan sistem e- invoice beri masa peniaga sesuaikan diri

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

GEORGE TOWN: Penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata dengan penangguhan tersebut kerajaan berharap syarikat mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem e-Invois yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu. 

Pada 5 Jun lepas, LHDN menerusi satu kenyataan memaklumkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini manakala pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Januari 2026, dan kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026.

“Sebenarnya yang kita rancang (pelaksanaan sistem e-Invois) bermula 1 Julai depan adalah untuk syarikat yang mempunyai jualan tahunan RM500,000 ke atas, namun kita memang memahami kebimbangan mereka terutama PMKS dan mengubah ia kepada tiga fasa lagi. 

“Kerajaan MADANI prihatin terhadap keluhan peniaga kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Tandas Pintar di Pasar Awam Lebuh Cecil, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lim berkata fasa ketiga pelaksanaan sistem e-Invois yang akan bermula 1 Julai ini melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta.

Mengenai kontrak penggajian antara majikan dan pekerja yang wajib disetemkan mulai 1 Januari 2026, beliau berkata LHDN tidak membuat penguatkuasaan mengenai perkara tersebut sebelum ini.

“Jadi LHDN dengan Kementerian Kewangan telah membuat pertimbangan dan mengambil keputusan iaitu sebarang kontrak penggajian antara majikan dan pekerja sebelum 1 Januari 2025 dikecualikan, tetapi apa-apa kontrak penggajian yang bermula pada 1 Januari 2026 diwajibkan untuk membayar duti setem,” katanya.

Beliau juga berharap agar syarikat dapat mematuhi semua ciri-ciri yang ditetapkan dalam Akta Setem 1949 khususnya pematuhan terhadap keperluan penyeteman.

  • Bernama
Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Inisiatif IMT-GT, BIMP-EAGA membuahkan hasil, lengkapi matlamat AEC
Next: Inisiatif data MCMC: Syarikat telekomunikasi beri jaminan privasi pelanggan dilindungi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.