Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penampilan sulung Tokyo Symphony Orchestra di Malaysia 1 Jun Ini
  • HIBURAN

Penampilan sulung Tokyo Symphony Orchestra di Malaysia 1 Jun Ini

Utusan Sarawak 2 days ago
KERJASAMA budaya antara Malaysia dan Jepun bakal membuka satu lagi lembaran baharu apabila orkestra berprestij dari Negara Matahari Terbit itu, Tokyo Symphony Orchestra (TSO), membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 1 Jun depan di Dewan Filharmonik Petronas di sini.

KUALA LUMPUR: Kerjasama budaya antara Malaysia dan Jepun bakal membuka satu lagi lembaran baharu apabila orkestra berprestij dari Negara Matahari Terbit itu, Tokyo Symphony Orchestra (TSO), membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 1 Jun depan di Dewan Filharmonik Petronas di sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata berkata persembahan itu seiring dengan falsafah Projek Asia TSO, iaitu memupuk pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya melalui irama muzik yang merentasi sempadan bahasa dan negara.

TSO akan mempersembahkan gubahan muzik klasik dipimpin oleh konduktor tersohor Naoto Otomo yang akan mengetuai 80 pemuzik elit bagi memukau peminat muzik klasik tanah air.

Otomo bukanlah nama asing di pentas antarabangsa dan pernah menyertai Royal Stockholm Philharmonic Orchestra serta Orchestre National de Lorainne.

“Muzik klasik Barat menjadi sebahagian daripada landskap budaya Jepun yang penting sejak diperkenalkan sebagai kurikulum sekolah dalam usaha pemodenan negara ketika era kerajaan Meiji kira-kira 150 tahun lalu,” kata Shikata.

Menurut Shikata, Jepun pada hari ini mempunyai sejumlah besar dewan konsert bagi muzik klasik Barat dengan persembahan demi persembahan diadakan oleh orkestra tempatan dan antarabangsa selain pemuzik solo.

Muzik klasik juga tersebar luas menerusi media termasuk TV dan radio dengan ramai anak muda Jepun terdedah kepada muzik Barat menerusi anime seperti ‘Your Lie in April’ dan ‘Nodame Cantabile’.

“Saya masih ingat ketika zaman persekolahan dulu saya menonton konsert City of Kyoto Symphony Orchestra di Kyoto. Selepas memulakan kerjaya dalam bidang diplomatik, saya berpeluang menghadiri persembahan muzik klasik yang dipimpin oleh ikon global Seiji Ozawa di Boston Symphony Orchestra.

“Sejak itu, saya kerap menonton konsert muzik klasik di Tokyo, Washington D.C, Paris, London dan Beijing, di mana saya berkhidmat sebagai diplomat,” imbas beliau.

Malah sejak tiba di Malaysia pada November lepas, Shikata berkata beliau telah beberapa kali menghadiri persembahan orkestra di sini.

Persembahan TSO di sini bakal menampilkan antaranya pemain piano yang pernah memenangi anugerah Tomoharu Ushida yang akan mempersembahkan Piano Concerto No. 1 in E minor, iaitu karya agung komposer Poland Frederic Chopin.

TSO yang diasaskan pada 1946 merupakan antara orkestra ternama di Jepun yang mempersembahkan pelbagai opera dan balet di New National Theatre di Tokyo. Di peringkat antarabangsa, orkestra ini telah mengadakan 79 konsert di 58 buah bandar raya dunia.

Bagi yang ingin menyaksikan persembahan TSO, tiket boleh didapati di https://dfptickets.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/148880.– Bernama

Continue Reading

Previous: Penyanyi lagu ‘Anak’ Freddie Aguilar meninggal dunia
Next: Nera rancang rakam semula lagu Hatimu Milikku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.