Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penampilan sulung Isak bersama Liverpool berdepan Atletico
  • SUKAN

Penampilan sulung Isak bersama Liverpool berdepan Atletico

Utusan Sarawak 3 hours ago
ISAK ketika latihan bersama rakan sepasukan semalam. Foto AFP

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengesahkan Alexander Isak berpeluang membuat penampilan sulung pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, awal pagi esok.

Isak, 25, menyertai juara Liga Perdana Inggeris itu dari Newcastle United pada hari terakhir jendela perpindahan dengan rekod Britain bernilai £125 juta (RM714 juta).

Namun dia tidak diturunkan ketika menang 1-0 ke atas Burnley hujung minggu lalu kerana tahap kecergasannya masih diragui sesudah terlepas sebahagian besar pramusim.

Isak juga berlatih secara bersendirian sebelum berpindah, sekali gus memerlukan masa tambahan untuk benar-benar bersedia.

“Dia memang ada peluang kerana dia disenarai dalam skuad, jadi pasti ada kemungkinan dia bermain. Apa yang pasti, dia tidak akan bermain 90 minit penuh,” kata Slot kepada pemberita malam tadi.

Ditanya sama ada Isak mungkin diturunkan dari awal, Slot menjawab: “Satu-satunya perkara yang pasti adalah dia tidak akan bermain 90 minit.

“Dia sebahagian daripada skuad, jadi ia sudah tentu menjadi sesuatu yang dinantikan. Jika orang menantikan dia beraksi, ia mungkin berlaku esok.”

Musim lalu, gol Isak membantu Newcastle menamatkan kemarau trofi 56 tahun apabila menewaskan Liverpool pada final Piala Liga, selain memastikan kelab itu kembali ke kancah Liga Juara-Juara.

Namun penampilan tunggalnya musim ini hanyalah 18 minit bersama Sweden ketika tewas 0-2 kepada Kosovo pada 8 September lalu.

Slot menegaskan cabaran utama Isak kini adalah meningkatkan tahap kecergasannya.

“Dia tidak perlu buktikan lagi bahawa dia cukup bagus untuk Liga Perdana, kerana ia sudah terbukti di Newcastle. “Cabaran sebenar adalah untuk kembali cergas sepenuhnya supaya dia mampu mengulangi apa yang dilakukannya musim lalu.” – AFP

Continue Reading

Previous: Dua pemain gantian bawa Arsenal raih kemenangan sulung
Next: Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.