Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah jam kerja mingguan kategori waktu bukan pejabat dikurangkan 1 jam menjadi 45 jam
  • SEMASA

Jumlah jam kerja mingguan kategori waktu bukan pejabat dikurangkan 1 jam menjadi 45 jam

Utusan Sarawak 7 hours ago
KERAJAAN melaksanakan beberapa penambahbaikan berkaitan waktu bekerja dan tuntutan elaun lebih masa susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan beberapa penambahbaikan berkaitan waktu bekerja dan tuntutan elaun lebih masa susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Menerusi penambahbaikan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.3.1 dan SR.4.4.1, jumlah jam bekerja seminggu bagi pegawai di bawah kategori Waktu Bekerja Bukan Pejabat (WBBP) dikurangkan satu jam kepada 45 jam seminggu termasuk waktu rehat, selaras dengan Waktu Bekerja Pejabat.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui surat pekeliling bertarikh 18 Disember, yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini. 

Surat pekeliling berkenaan dihantar kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

“Sebagai panduan kepada kementerian/ jabatan/ agensi, satu Garis Panduan Pelaksanaan Tuntutan Elaun Lebih Masa telah disediakan dan dijadikan lampiran kepada Ceraian SR.4.3.1, manakala Ceraian SR.4.4.1 dipinda sesuai dengan penambahbaikan yang dilaksanakan pada Ceraian SR.4.3.1,” katanya dalam pekeliling itu. 

Beliau berkata pegawai WBBP turut diberikan fleksibiliti dalam pengiraan tempoh bekerja apabila jumlah 45 jam seminggu boleh dipenuhi secara purata bagi empat minggu berturutan sekiranya jam bekerja bagi sesuatu minggu kurang daripada tempoh ditetapkan.

“Bagi pegawai yang bekerja melebihi 45 jam seminggu atau 45 jam purata empat minggu berturutan, pegawai layak menerima Elaun Lebih Masa mengikut syarat dan kadar yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata pengiraan 45 jam boleh dibuat secara purata bagi empat minggu berturutan untuk tujuan memenuhi syarat 45 jam waktu bekerja.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Syarikat AS sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.