Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penambahan KMKK Cina di Limbang dikaji seiring keperluan semasa
  • Utara
  • WILAYAH

Penambahan KMKK Cina di Limbang dikaji seiring keperluan semasa

Utusan Sarawak 8 hours ago

HUBUNGAN ERAT…
Hasbi bersama keluarga Temenggong Leong Boon Meng mengaul yee sang, makanan tradisi masyarakat Cina.

LIMBANG: Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk penambahan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cina di daerah ini, seiring dengan peningkatan populasi dan keluasan kawasan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata KMKK berperanan memastikan struktur kepimpinan akar umbi lebih responsif dan teratur selain mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

“Keperluan penambahan KMKK Cina akan dibincangkan bersama pejabat residen dan Pejabat Daerah Limbang kerana ia berkaitan dengan kerajaan dan pentadbiran negeri. Saya memang telah mendengar mengenai keperluan itu, dan ia sedang dikaji,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kunjungan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Limbang hari ini.

SARAWAK HARMONI…Hasbi bersama rakan daripada berbagai lapisan masyarakat berkunjung ke kediaman pemimpin Cina di Limbang.

Menurut Hasbi, perbincangan lanjut akan diadakan dengan pejabat residen dan pejabat daerah bagi menentukan keperluan penambahan jawatan KMKK Cina di Limbang.

Antara kediaman yang dikunjungi rombongan ialah balu mendiang Temenggung Ang Kheng Su Datin Lim Kui Eng, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Limbang Lim Chwee Ching, Temenggong Leong Boon Meng, Pemanca Chua Beng Soon, dan usahawan David Chua Kien Teen.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, serta Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Warga IPD Lawas perkukuh ukhuwah sempena Ihya Ramadan
Next: Eksklusif: Pesara guru kongsi kemeriahan TBC dan erti kekeluargaan di Muara Ahi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.