Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penambahan balai bomba mini, percepatkan kendalian kebakaran
  • Utara
  • WILAYAH

Penambahan balai bomba mini, percepatkan kendalian kebakaran

Utusan Sarawak 5 months ago
HENRY Sum menyerahkan alat pemadam api kepada wakil 15 kampung di Lonf Tengoa sambil disaksikan kenamaan lain.

LAWAS: Lawas memerlukan penambahan kemudahan balai bomba mini bagi mempercepatkan kerja memadam api sekiranya berlaku kebakaran khususnya di kawasan pedalaman di daerah itu.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong memberitahu walaupun terdapat sebuah Balai Bomba Lawas, namun kedudukan Lawas yang agak terasing dengan daerah lain selain jarak perjalanan jauh menimbulkan kesulitan dalam operasi pemadaman dan penyelamatan, terutama apabila berlaku kebakaran.

“Balai bomba mini  ini sangat diperlukan di Daerah Lawas, penduduk di Lawas memohon supaya diadakan sebuah balai didirikan ataupun ditubuhkan di sini supaya pemadaman dapat dilakukan dengan pantas.

“Ini penting memandangkan kedudukan  daerah Lawas ini agak terasing dan tempat  yang paling dekat adalah daerah Limbang  tetapi perlu  melalui daerah Temburong Brunei selain  di daerah  Sipitang Sabah,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Program Bomba Komuniti Kampung Long Tengoa, Trusan, Lawas Tahun 2024, petang semalam.

Turut sama ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Penguasa Bomba Ramlan Marajan, dan Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim.

Henry Sum berkata lagi dalam kes kebakaran yang berlaku di Kampung Pemukat Kuala Lawas baru-baru ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas juga mendapatkan bantuan pemadaman daripada BBP Sipitang selain peranan pasukan bomba komuniti di daerah itu.

Katanya, peranan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti  penting mempercepat operasi pemadaman selain memperkasa kesedaran keselamatan kebakaran  khususnya di kawasan yang agak jauh seperti tanah tinggi Ba’Kelalan Lawas.

Pada program itu seramai 120 peserta terdiri daripada 15 buah kampung sekitar kawasan Long Tengoa dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Tengoa menjayakan Program Bomba Komuniti Kampung Long Tengoa,Trusan Lawas Tahun 2024.

Henry Sum  turut menyampaikan sumbangan alat pemadam api kepada 15 kampung yang terlibat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM45,000 geran MRP diagih kepada tujuh penerima
Next: Warga emas hidup sebatang kara dapat perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.