Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penambahan 43 jawatan KMKK di Limbang bagi imbangi pertambahan penduduk
  • WILAYAH

Penambahan 43 jawatan KMKK di Limbang bagi imbangi pertambahan penduduk

Utusan Sarawak 13 hours ago
SUASANA MERIAH… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang.

LIMBANG: Pertambahan penduduk serta pembukaan penempatan baharu di Bahagian Limbang memerlukan penambahan sebanyak 43 jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus cekap dan berkesan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata keperluan tersebut timbul selaras dengan perkembangan pesat kawasan penempatan yang memerlukan pemantauan serta pentadbiran lebih tersusun di peringkat akar umbi.

“Walau bagaimanapun, berikutan pertambahan penduduk dan penempatan, terdapat keperluan untuk mewujudkan 43 jawatan baharu KMKK,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena Majlis Makan Malam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang, malam ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan penambahan jawatan tersebut telah dikemukakan oleh Pejabat Residen untuk pertimbangan dan kelulusan kerajaan negeri.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dan saya berharap ia mendapat kelulusan kerajaan negeri,” katanya.

Setakat ini, Bahagian Limbang mempunyai lima Temenggong, tujuh Pemanca, 34 Penghulu dan 328 Ketua Kaum yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran komuniti.

Penambahan jawatan tersebut dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh struktur pentadbiran komuniti selaras dengan pertumbuhan populasi serta pembangunan kawasan baharu di Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua Polis Daerah Betong santuni anggota cedera, tunjuk keprihatinan kebajikan
Next: Dapur rumah dua tingkat terbakar, semua penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.