Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penalti Salah pastikan kemenangan Liverpool
  • SUKAN

Penalti Salah pastikan kemenangan Liverpool

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOHAMED Salah meraikan jaringan selepas penalti dramatik. Foto AFP

BURNLEY: Penalti dramatik Mohamed Salah pada masa kecederaan memastikan Liverpool mengekalkan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas pasukan baharu naik, Burnley, hari ini.

Dengan pemain termahal Britain, Alexander Isak, terpaksa menunggu untuk membuat penampilan sulung bersama Liverpool selepas tidak tersenarai dalam skuad ke Lancashire, juara bertahan itu bergelut menembusi benteng kukuh tuan rumah pada separuh masa pertama.

Selepas rehat, pelawat meningkatkan tekanan dengan Dominik Szoboszlai akhirnya memaksa Martin Dubravka melakukan satu aksi menyelamat cemerlang di gawang Burnley.

Burnley hampir berjaya meraih satu mata berharga, namun bola terkena tangan pemain gantian, Hannibal Mejbri, dalam kawasan penalti dan Salah tenang menyempurnakan sepakan itu pada minit ke-95 sekali gus menghancurkan harapan tuan rumah.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kuching City bangkit benam DPMM FC 7-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.