Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penagih dadah tinggalkan dua anak
  • NASIONAL

Penagih dadah tinggalkan dua anak

Utusan Sarawak 5 years ago
DUA kanak-kanak ditinggalkan bapanya selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa AADK yang menyerebu port dadah di Permatang Pauh, Seberang Perai, Isnin lepas. • Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki lari meninggalkan dua anak lelaki yang berumur tujuh dan sembilan tahun, semasa dia bersama dua rakannya diserbu oleh penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sebuah hutan belukar di Permatang Pauh, di sini Isnin lepas.

Pengarah AADK Pulau Pinang Elmariah Chung berkata, serbuan dalam Ops Bersepadu itu dibuat pada 6.30 petang hasil risikan dan maklumat awam mengenai sekumpulan penagih dadah yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat mereka menghisap dadah.

“Tiga lelaki yang didapati sedang menghisap dadah di situ bertempiaran lari ke arah hutan bersebelahan sawah padi selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun dua daripadanya berjaya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki yang lolos itu sengaja membawa dua anaknya ke kawasan hutan berkenaan bagi mengaburi orang ramai, yang dia menghisap dadah di situ, dan kedua-dua kanak-kanak berkenaan telah dihantar kepada keluarga terdekat, apabila bapa mereka tidak dapat dikesan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua lelaki berusia 30-an yang ditahan dalam operasi itu mendapati mereka positif dadah. Mereka ditahan dan disiasat menurut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tetak anjing, lelaki didenda RM7,000
Next: Agong kurnia biasiswa kepada 11 pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.