Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pen Rumah Putih milik Trump jadi kenang-kenangan buat PM Anwar
  • NASIONAL

Pen Rumah Putih milik Trump jadi kenang-kenangan buat PM Anwar

Utusan Sarawak 2 days ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerahkan pen Rumah Putih, pen yang sama digunakan untuk menandatangani perjanjian AS-Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perbualan santai antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuntik sentuhan peribadi pada majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik AS-Malaysia yang berlangsung di sini hari ini.

Kedua-dua pemimpin dilihat berinteraksi dengan mesra, saling bertukar senyuman sekali gus mempamerkan keakraban mereka sepanjang majlis tersebut.

Sejurus sebelum menurunkan tandatangan, Anwar didengar berseloroh, “Saya rasa saya akan dapat pen ini,” yang mengundang senyuman dan gelak kecil para hadirin.

Ketika menandatangani dokumen perjanjian itu, Trump sempat mengerling ke arah tandatangan Anwar sambil berkata: “Tandatangan yang unik.”

Sambil tersenyum Anwar membalas: “Tidak seunik tandatangan anda”. 

Trump kemudian menyambung: “Betul, tandatangan beliau begitu unik. Tunggu sebentar, nanti saya tunjukkan.”

Ketika Trump mengambil masa untuk menyiapkan tandatangan beliau yang agak panjang, Anwar mengangkat pennya dan menunjukkan kepada para hadirin sambil bercanda: “Ini pen Rumah Putih,” yang mencuit hati dan sekali lagi mengundang ketawa kecil serta senyuman.

Selepas menurunkan tandatangannya, Trump menyerahkan pen beliau kepada Anwar sebelum menunjukkan tandatangan Perdana Menteri pada terdapat dokumen tersebut kepada mereka yang hadir.

“Sangat berbeza… amat unik… begitu artistik,” katanya yang mengundang tepukan spontan para hadirin.

Sebagai tanda persahabatan, Trump kemudian menyerahkan pen itu kepada Anwar, yang dilihat memasukkannya dengan penuh hati-hati ke dalam poket kot beliau.

Momen itu melambangkan persahabatan yang akrab dan mesra kedua-dua pemimpin di tengah-tengah majlis rasmi pemeteraian perjanjian bersejarah hari ini.

-Bernama  

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang bangga Tengku Hassanal tamat Kursus Asas PASKAU
Next: Sidang Kemuncak ASEAN: Sidang RCEP, EAS hari ini tumpu integrasi ekonomi, kerjasama strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.