PEMULIHAN EKONOMI FOKUS UTAMA

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TIDAK dapat dinafikan, Malaysia kini sedang menghadapi cabaran yang paling getir sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pandemik Covid-19 dan ‘lumpuhan’ akibat landaan banjir di Semenanjung Malaysia yang berada pada tahap yang belum pernah dialami sebelum ini, amat mencabar status sosioekonomi negara.

Pada ketika tahap pandemik mulai menunjukkan sedikit keredaan, muncul pula gelombang Omicron yang mengembalikan statistik ke tahap yang menggerunkan.

Namun, akibat kewarasan rakyat jelata yang peka akan perlunya mengambil vaksinasi untuk membina imuniti, gelombang demi gelombang baharu itu tidaklah separah yang ditakuti.

Kini, kerajaan telah membentangkan strategi pemulihan ekonomi melalui dua tonggak utama, iaitu JaminKerja dan SemarakNiaga.

Melalui Kementerian Kewangan, fokus pemulihan ekonomi itu dilihat sebagai strategi yang cukup berani dan berkeyakinan.

Sama ada ia petanda yang genuine atau tidak, kita sebagai rakyat, wajar menyokong strategi berkenaan, kerana sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengembalikan corak kehidupan ke tahap yang normal.

Sememangnya negara kita amat memerlukan pewujudan pekerjaan kerana rakyat majoriti yang terjejas memerlukannya teramat sangat. Ia berupaya mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif bagi pelabur asing untuk masuk ke negara kita serta membantu pemulihan perniagaan demi memberi nafas baharu kepada sektor ekonomi pada tahap akselerasi yang relatif lebih pantas.

Adalah satu perkara yang lumrah wujudnya pelbagai komen tentang kedudukan ekonomi negara kita ketika ini. Di satu pihak, dikatakan kita berada pada landasan yang betul ke arah pemulihan. Pada pihak yang lain pula, kenyataan sedemikian ibarat mirage atau fatamorgana semata-mata, untuk ‘melunakkan’ perasaan.

Kita sebagai rakyat mesti tabah, menerima hakikat bahawa dalam hidup ini wujud dua kelompok pendirian manusia: Pada satu pihak ialah penyubur semangat dan keyakinan positif, manakala pada pihak yang lain pula ialah nabi kiamat (prophet of doom).

Pada analisis terakhirnya, kita sebagai rakyat Malaysia wajar memiliki sikap dan sifat yang berkeyakinan untuk muncul gah daripada timbunan musibah yang merupakan cabaran zaman.

PRU-15 berlumpur?

KINI isu banjir menjadi polemik ketika banyak pihak meramal kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan hujung Oktober hingga awal

Persoalan kerusi Parlimen baharu

APABILA dibangkitkan isu keperluan 35  peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, ada pandangan-pandaNgan lain berkaitan isu ini dikemukakan oleh

Ratu Elizabeth II dan Sarawak

PADA 8 September minggu lalu, kita mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II. Pemergian Ratu ini mendapat liputan meluas dalam

Sejarah agihan kerusi Parlimen Sarawak

KETIKA pembentukan Malaysia, kerusi Parlimen yang mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen negara. Ada