Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemuda warga Indonesia ditemui lemas di ladang sawit Sebuyau
  • KEMALANGAN

Pemuda warga Indonesia ditemui lemas di ladang sawit Sebuyau

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada pelepah sawit. Foto BBP Simunjan

SIMUNJAN: Seorang pemuda warga Indonesia berusia 19 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit besar di Ladang Tradewinds, Kampung Sagu, Sebuyau, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Pada 11.45 pagi, komander operasi memaklumkan mangsa telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada pelepah sawit. 

Mangsa dikenali sebagai Rendi dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam selepas terjatuh ke dalam parit yang dipenuhi air deras ketika cuba meniti jambatan kayu yang ditenggelami air.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.25 pagi. 

Berdasarkan laporan polis, kejadian bermula pada 31 Disember lalu apabila mangsa bersama rakannya berjalan kaki ke ladang kelapa sawit di Kampung Kesindu, Sebuyau bagi menyambut tahun baharu bersama rakan lain. 

Pada kira-kira 4.00 pagi, mangsa bersama rakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Ladang Tradewinds Kampung Sagu.

Mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit semasa melalui parit besar dengan meniti jambatan kayu yang telah ditenggelami air.

Rakannya cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangan mangsa namun gagal berikutan arus air yang deras. 

Usaha mencari mangsa dilakukan bersama rakan lain sebelum laporan polis dibuat apabila mangsa masih tidak ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat hari pertama dijalankan dalam radius dua kilometer dari lokasi mangsa terjatuh sebelum ditamatkan pada 1.00 tengah hari tadi selepas mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Awang Johari Onget. Orang ramai khususnya pekerja ladang dan penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berair terutama selepas hujan berterusan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Dua maut, sembilan cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu
Next: Sekurang-kurangnya tujuh maut, bot migran karam di perairan Gambia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.