Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemuda, Wanita PBB Muara Tuang agih 700 pek bubur lambuk
  • TEMPATAN

Pemuda, Wanita PBB Muara Tuang agih 700 pek bubur lambuk

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN… Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang merakam gambar kenangan bersama Pemuda dan Wanita PBB Cawangan Muara Tuang pada program penyediaan bubur lambuk serta pengagihan sumbangan kepada komuniti setempat di Kampung Lubok Ria dan Desa Ilmu, hari ini. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Muara Tuang terus menyemarakkan semangat Ramadan apabila menganjurkan program penyediaan bubur lambuk serta pengagihan sumbangan kepada komuniti setempat di Kampung Lubok Ria dan Desa Ilmu, di sini hari ini.

Menerusi program tersebut, lebih 700 pek bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan kepada penduduk sekitar sebagai juadah berbuka puasa.

Selain itu, sebanyak 30 bakul makanan turut disampaikan kepada golongan asnaf di kampung berkenaan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang Ramadan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang hadir bagi menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan dengan penuh semangat gotong-royong itu.

Ketua Pemuda Cawangan Muara Tuang, Mohamad Azri Johari berkata program tersebut merupakan aktiviti tahunan pihaknya menjelang Ramadan.

“Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh barisan pemuda dan wanita cawangan ini dalam menjayakan program ini.

“Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk berbakti kepada masyarakat, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk setempat,” katanya.

TIMBALAN Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang hadir bagi menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan dengan penuh semangat gotong-royong program penyediaan bubur lambuk serta pengagihan sumbangan kepada komuniti setempat di Kampung Lubok Ria dan Desa Ilmu, hari ini. Foto Norman B

Beliau berkata penglibatan aktif golongan belia dalam program kebajikan seperti ini juga mampu memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda.

“Program ini adalah acara tahunan kami menjelang Ramadan dan saya berharap ia dapat dikekalkan serta diteruskan pada masa hadapan kerana manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat,” tambahnya.

Program berkenaan berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam memastikan sumbangan dapat disampaikan kepada penerima dengan sempurna.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih 5,000 hadir acara tahunan Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka 
Next: Projek Hospital Pengajar Unimas capai kemajuan 75.65 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.