Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemuda SUPP Pusat tegaskan hak minyak dan gas Sarawak
  • SEMASA

Pemuda SUPP Pusat tegaskan hak minyak dan gas Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERGERAKAN Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat.

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat menegaskan bahawa hak minyak dan gas Sarawak tidak boleh diketepikan hanya kerana ia tidak dinyatakan secara literal dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam kenyataan balas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, Pemuda SUPP Pusatberkata MA63 merupakan perjanjian penubuhan yang mengiktiraf Sarawak sebagai rakan setara dalam pembentukan Malaysia dengan hak asal ke atas tanah dan sumber semula jadi.

PELANTAR minyak dan gas luar pesisir Sarawak.

Menurutnya, Ordinan Perlombongan Minyak 1958 yang digubal sebelum penubuhan Malaysia membuktikan Sarawak mengekalkan bidang kuasa ke atas minyak dan gas di wilayahnya.

Pemuda SUPP Pusat mempersoalkan tindakan Petronas meneruskan cabaran undang- undang walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Petros sebagai pengagregat gas negeri.

Kenyataan itu menggesa Kerajaan Persekutuan menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dan bukan tindakan mahkamah demi kerjasama, saling menghormati dan kestabilan jangka panjang.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan tetapkan siling RM300,000, pemetaan harga kawal kenaikan harga rumah
Next: Biro Pendidikan Islam Sarawak peruntuk RM1 juta kepada Institut Dakwah Islamiah PERKIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.