Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemuda SUPP Pusat sokong langkah Sarawak fail petisyen undang-undang petroleum
  • SEMASA

Pemuda SUPP Pusat sokong langkah Sarawak fail petisyen undang-undang petroleum

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERGERAKAN Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat.

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat menyokong keputusan kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan berhubung kesahan dan pemakaian undang-undang petroleum Persekutuan di negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, sayap pemuda parti itu menyifatkan langkah berkenaan sebagai wajar bagi mendapatkan penentuan perlembagaan melibatkan Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 terhadap Sarawak.

Menurut kenyataan itu, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang yang berkuat kuasa sebelum pembentukan Malaysia terus terpakai di Sarawak dan tidak boleh diketepikan secara sebelah pihak oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak, termasuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Tambahnya, perkara tersebut turut melibatkan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 serta hal ehwal petroleum dan sumber mineral yang disenaraikan di bawah Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Sarawak secara konsisten mengurus sumber aslinya selaras dengan undang-undang negeri yang dilindungi Perlembagaan demi kepentingan Sarawak dan rakyatnya.

“Oleh itu, adalah wajar untuk kerajaan negeri mendapatkan tafsiran mahkamah mengenai bagaimana undang-undang Persekutuan yang digubal kemudian berinteraksi dengan kuasa perundangan Sarawak yang telah dipelihara,” menurut kenyataan tersebut.

Mengulas naratif yang timbul dari Semenanjung Malaysia yang menekankan kepentingan nasional, Pemuda SUPP Pusat menegaskan bahawa pertimbangan sedemikian tidak seharusnya mengorbankan hak perlembagaan Sarawak yang termaktub sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Pemuda SUPP Pusat turut menegaskan bahawa Sarawak perlu dihormati sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia dan pengiktirafan terhadap undang-undang negeri adalah asas penting dalam membina negara yang lebih adil, kukuh dan bersatu demi manfaat semua rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Saratok tarik pelbagai kaum, perkukuh perpaduan masyarakat
Next: ACCCIS sokong petisyen Sarawak berhubung undang-undang petroleum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.