Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemuda PRS Murum nyata sokongan penuh kepada Kennedy Chukpai
  • TEMPATAN

Pemuda PRS Murum nyata sokongan penuh kepada Kennedy Chukpai

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pemuda PRS Bahagian Murum, Patrick Uban.

BINTULU: Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Murum menyatakan sokongan penuh terhadap Kennedy Chukpai Ugon untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS pada Mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu, yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pemuda PRS Bahagian Murum merangkap Exco Pemuda PRS, Patrick Uban berkata, beliau yakin Kennedy akan memperoleh sekurang-kurangnya lapan daripada 23 pencalonan sah yang diperlukan untuk melayakkan diri bertanding jawatan tersebut.

“Sejak penubuhan PRS pada 2004, jawatan Ketua Pemuda secara tradisinya diisi pemimpin daripada pelbagai kaum bagi memastikan kestabilan dan keseimbangan kepimpinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 2004, jawatan Ketua Pemuda PRS telah dipegang oleh Datuk Mong Dagang (Iban), Datuk Liwan Lagang (Orang Ulu) YB Datuk Snowdan Lawan (Iban).

Patrick berkata, Kennedy wajar meneruskan legasi kepimpinan inklusif yang diasaskan oleh presiden terdahulu, Mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.

KENNEDY Chukpai Ugon antara calon bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS pada Mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu yang dijadualkan berlangsung 18 hingga 19 Oktober ini.

Kennedy, yang kini Ketua Bahagian Murum dan Ahli Majlis Tertinggi PRS Pusat sejak 2016, pernah berkhidmat sebagai Naib Ketua Pemuda PRS di bawah Mong Dagang, serta Ketua Pemuda Bahagian Belaga dari 2004 hingga 2016 sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.66 Murum.

“Rekod perkhidmatan beliau membuktikan kesetiaan, komitmen, dan pengalaman luas dalam organisasi parti.

“Kami yakin beliau mampu memperkukuh sayap Pemuda PRS jika diberi mandat,” ujar Patrick.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak mohon bantuan peralatan pemadaman kebakaran hutan
Next: DAPSY Sarawak lodges police report against UMNO Youth Chief over march outside hardware store

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.