Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemuda PBB Kabong sepakat sokong Dato Mohd Chee Kadir terus pimpin DUN Kabong
  • WILAYAH

Pemuda PBB Kabong sepakat sokong Dato Mohd Chee Kadir terus pimpin DUN Kabong

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli semasa mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda PBB Kabong Bilangan 2/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN Kabong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir untuk terus menerajui dan memimpin kawasan DUN Kabong.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli berkata, pendirian itu dicapai secara konsensus dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda PBB Kabong Bilangan 2/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN Kabong, hari ini.

Menurut beliau, sokongan padu tersebut membuktikan keyakinan penuh barisan kepimpinan dan ahli pemuda terhadap kepimpinan, komitmen serta rekod perkhidmatan Dato Mohd Chee Kadir dalam membawa pembangunan dan kebajikan rakyat di Kabong.

“Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kabong berdiri teguh di belakang kepimpinan ADUN Kabong dan komited untuk terus menyokong beliau dalam memastikan kesinambungan pembangunan serta kestabilan politik di kawasan ini,” katanya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Abdul Rahim itu turut dihadiri barisan kepimpinan pemuda serta wakil ranting dari seluruh DUN Kabong, dengan pelbagai agenda dibincangkan termasuk hala tuju politik pemuda, pengukuhan organisasi dan kesiapsiagaan jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Abdul Rahim turut menyeru seluruh jentera pemuda agar memperkukuhkan gerak kerja di peringkat akar umbi, meningkatkan kerjasama dan memainkan peranan lebih proaktif dalam mendekati golongan belia serta masyarakat setempat.

Mesyuarat berkenaan sekali gus membuktikan iltizam berterusan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kabong untuk memperkukuh parti, menyokong kepimpinan sedia ada dan memastikan Kabong terus berada di landasan pembangunan yang mampan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Regata Lingga edisi ketiga bukti potensi pelancongan daerah baharu Lingga
Next: Regata Lingga 2025 tawar hadiah RM157,520, ‘Battle Of The Titan’s’ jadi tumpuan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.