Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemuda dipenjara setahun curi motosikal Demak
  • MAHKAMAH

Pemuda dipenjara setahun curi motosikal Demak

Utusan Sarawak 2 days ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang pemuda selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal jenis Demak pada bulan lalu.

Mohammad Khairul Faizal Mohd Firdaus Abdullah, 20, diperintah oleh Majistret Onn Kork Chern menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditahan, 10 Jun 2025.

Khairul didakwa mencuri motosikal jenama Demak MV di Jalan Maludan pada 9 Jun 2025, sekitar 1.39 pagi dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada 9 Jun 2025, sekitar 7.30 pagi, bertenpat di Jalan Maludan pengadu mendapati motosikal yang dipakirkan di bawah rumah kedai telah hilang.

Pengadu kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bengkel bersebelahan dan rakaman mendedahkan pada 1.38 pagi, empat individu lelaki telah mencuri motosikal terbabit.

Berdasarkan laporan yang dibuat, pihak polis telah menangkap beberapa suspek termasuk tertuduh bagi membantu siasatan dan kemudian membawa kepada penemuan semula motosikal milik pengadu tanpa enjin.

Saksi kejadian iaitu tiga rakan tertuduh juga mengesahkan tertuduh merupakan individu yang dirakamkan dalam CCTV di tempat kejadian, yang dilihat mencuri motosikal milik pengadu.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Penghibur tempatan dituduh lakukan seks luar tabii, mengaku tidak bersalah
Next: Pekerja kem balak di Kapit dipenjara 8 tahun tikam rakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.