Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemuda dikhuatiri hilang selepas masuk hutan belakang rumah di Kanowit
  • WILAYAH

Pemuda dikhuatiri hilang selepas masuk hutan belakang rumah di Kanowit

Utusan Sarawak 1 day ago
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam di dalam hutan. Foto IPD Kanowit

KANOWIT: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai masuk ke kawasan hutan berhampiran Rumah Ricky di Jalan Penyulau/Lukut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan lelaki tersebut pada 10.19 pagi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Richard Lee anak Apang, 22, berbangsa Iban dan bekerja sebagai tukang kimpal.

“Berdasarkan laporan, mangsa kali terakhir dilihat keluar dari rumah kira-kira 4.00 petang, semalam selepas selesai makan untuk menghisap rokok.

“Pergerakan mangsa menuju ke kawasan hutan di belakang rumah disaksikan oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam di dalam hutan. Foto IPD Kanowit

Junical berkata, mangsa sebelum itu datang bercuti bersama pengadu dan tiba di rumah ibu mentua pengadu di lokasi berkenaan pada 5 Mac selepas pulang dari Kuala Baram, Miri.

Katanya, lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di bawah rumah pengadu sebelum dipercayai menuju ke kawasan hutan yang terletak kira-kira 150 meter dari jalan utama.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit bagi mengesan mangsa.

“Operasi pencarian dijalankan dalam radius kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui.

“Op SAR hari pertama ditangguhkan pada 4.00 petang berikutan keadaan cuaca hujan,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi tersebut akan disambung semula pada esok bermula 8.00 pagi bagi meneruskan usaha mengesan mangsa.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 171 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Kalaka
Next: Perpaduan kukuh, penduduk Betong pacu pembangunan sosioekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.