Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti
  • MAHKAMAH

Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti

Utusan Sarawak 1 day ago
NURUL Nur Ariani Muhammad Zahar 41, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Majistret Saiful Sayoti. 

SEREMBAN:  Seorang pempengaruh media sosial menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh rumah seorang selebriti, bulan lepas.

Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Majistret Saiful Sayoti. 

Wanita itu didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada 5.00 petang 7 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Mei, wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, dan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta kes dan hukuman. 

Majistret Saiful menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP L.Rathna manakala pempengaruh itu diwakili  peguam Mohd Anif Rafih dan Amer Haiqal Mohd Yusof.  — Bernama

Continue Reading

Previous: Court of Appeal dismisses Michael Kong’s stay application in defamation suit
Next: Najib dilepas tanpa dibebas kes SRC RM27 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.