
JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan imej baharu yang lebih sopan dan menenangkan.
Ibu kepada dua cahaya mata itu kini dilihat semakin kerap mengenakan hijab dalam beberapa penampilan terkininya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Antara momen yang menjadi tumpuan adalah ketika beliau meluangkan masa menikmati makan malam bersama suami tercinta. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nikita tampil anggun dan konsisten berhijab sepanjang acara tersebut.
Perubahan itu menerima pujian ramai, malah rata-rata peminat meluahkan rasa terharu serta mendoakan agar pelakon berkenaan terus istiqamah.
“Baru pertama kali dalam hidup saya menangis terharu melihat artis terbuka hati memakai tudung. Semoga istiqamah.
“Alhamdulillah, cantiknya. Kami semua doakan agar Nikita kekal istiqamah berhijab,” antara komen netizen.
Difahamkan, perubahan penampilan itu mula ketara selepas beliau menunaikan ibadah umrah sebelum ini. Sejak itu, Nikita dilihat lebih selesa tampil berhijab di khalayak ramai. – AGENSI