Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Peminat serbu pawagam sambut filem baharu Taylor Swift
  • HIBURAN

Peminat serbu pawagam sambut filem baharu Taylor Swift

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR fail Taylor Swift, ketika membuat persembahan di atas pentas sempena Eras Tour di Lisbon pada 24 Mei 2024. Foto AFP

BETHESDA, Amerika Syarikat: Berhiaskan gelang persahabatan di pergelangan tangan, Temple Daniel tampil penuh gaya bersedia menyambut detik istimewa yang dinanti-nantikan: tayangan filem sempena pelancaran album terbaharu Taylor Swift.

Bagi peminat setia seperti Temple, peluang sebegini bukan sesuatu yang boleh dilepaskan.

“Dia sentiasa menjadi runut bunyi hidup saya, dan saya teruja untuk menyambut era baharu bersamanya,” kata Temple kepada AFP di sebuah pawagam berhampiran Washington pada Jumaat.

Pemuda berusia 21 tahun itu merupakan antara jutaan Swifties di seluruh dunia yang menganggap pelancaran ‘The Life of a Showgirl’, album studio ke-12 Swift sebagai satu peristiwa penting dalam hidup mereka.

PEMINAT tiba untuk menyaksikan tayangan filem Taylor Swift: The Official Release Party of a Showgirl di pawagam AMC Montgomery 16, Bethesda, Maryland pada 3 Oktober 2025. Foto AFP

Seiring dengan pelancaran 12 lagu baharu yang kini menjadi album paling banyak distrim pada 2025, peminat di puluhan negara memenuhi pawagam untuk menyaksikan filem pengiring yang hanya ditayangkan selama tiga hari sahaja.

Filem berjudul ‘Taylor Swift: The Official Release Party of a Showgirl’ menampilkan ulasan peribadi daripada Swift serta tayangan perdana video muzik bagi lagu pembukaan album, ‘The Fate of Ophelia.’

Namun lebih daripada sekadar tontonan, ia juga menjadi ruang untuk peminat menyanyi dan menari bersama meraikan muzik dengan komuniti yang sama minat.

PEMINAT meraikan tayangan filem Taylor Swift: The Official Release Party of a Showgirl di pawagam AMC Lincoln Square 13 pada 3 Oktober 2025 di New York. Foto AFP

“Taylor Swift benar-benar mengubah pengalaman bersendirian mendengar muzik di bilik dengan fon kepala, menjadi sebuah komuniti besar yang saling menyokong. Saya bangga menjadi sebahagiannya,” kata Temple.

Holly Hebden, yang mula meminati Swift sejak album Fearless pada 2008, berkata dia telah menghadiri beberapa konsert, termasuk jelajah rekod dunia Eras Tour yang berakhir tahun lalu.

Bagi Holly, semangat kekitaan dalam kalangan Swifties sangat bermakna.

“Kami pernah ke kelab Taylor Swift, bertukar-tukar gelang persahabatan, melihat orang memakai kardigan — wujud rasa pertalian meskipun dengan orang yang tidak pernah kami kenal,” katanya.

SEORANG peminat memakai gelang persahabatan sambil menunggu pelancaran album baru Taylor Swift, Life of a Showgirl di Target pada 2 Oktober 2025 di New York. Foto AFP

Komuniti peminat bukan sahaja membawa makna mendalam kepada para Swifties, malah ia juga menjadi asas kepada pendekatan Taylor Swift sendiri, kata Robin Landa, profesor dalam bidang pengiklanan dan penjenamaan di Universiti Kean.

“Bagi Taylor Swift, ini lebih daripada sekadar menjual tiket. Ia tentang memberi ruang untuk peminat berkumpul, meraikan dan merasai muzik bersama,” katanya kepada AFP.

“Eksklusiviti tayangan selama tiga hari mencipta rasa keterujaan dan menjadikan pengalaman ini istimewa hampir seperti menghadiri konsert secara langsung.

“Ia juga membolehkan Swift melancarkan video muzik baharu serta berkongsi kandungan di sebalik tabir, menjadikan peminat merasa seolah-olah mereka mendapat akses istimewa.”

Monique Thomas O’Brien, 49, telah mendengar album baharu itu sebanyak tiga kali hanya dalam beberapa jam selepas ia dilancarkan.

Untuk tayangan filem tersebut, dia memilih untuk memakai — selain gelang persahabatan wajib — gaun labuci hijau, sebagai penghormatan kepada estetika album serta simbolik kepada rasa gembira di tengah ketegangan politik negara.

“Dalam keadaan negara sekarang, apa sahaja peluang untuk melupakan tekanan walau seketika, saya akan sambut. Dan saya harap orang lain juga begitu,” katanya.

Perasaan itu turut dikongsi oleh Kerry Brookes, 54, yang menganggap filem tersebut sebagai peluang untuk “berseronok sedikit.” – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Inteam bangkit nostalgia lebih 5,000 peminat
Next: Unveiling Uniqueness 2 kembali dengan lebih ramai bakat kurang upaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.