Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Peminat kecewa Konsert Air Supply dibatal saat akhir
  • HIBURAN

Peminat kecewa Konsert Air Supply dibatal saat akhir

Utusan Sarawak 5 days ago
AIR Supply.

KUCHING: Konsert ulang tahun ke-50 kumpulan legenda Air Supply yang dijadualkan berlangsung hari ini, 24 September 2025, di SBC Hall, di sini, telah dibatalkan secara mengejut.

Pengumuman rasmi dibuat pada 3.15 pagi, hari sama melalui saluran rasmi artis.

Penganjur tempatan, Twig Events, menyifatkan pembatalan itu sebagai satu kejutan dan amat mengecewakan selepas berbulan-bulan persiapan. Mereka kini mendapatkan penjelasan lanjut daripada penganjur utama, Galaxy World Entertainment Sdn. Bhd.

NOTIS pemberitahuan pembatalan konsert Air Supply.

Semua pembeli tiket dijamin akan menerima pemulangan wang melalui kaedah pembayaran asal dalam tempoh 14 hari bekerja. Arahan lanjut akan dihantar menerusi e-mel.

Seorang peminat, Maximillan, meluahkan kekecewaan kerana peluang bertemu idola sejak kecil itu tidak kesampaian, lebih-lebih lagi selepas membuat persiapan bersama keluarga.

Twig Events sedang menilai kemungkinan menetapkan tarikh baharu konsert dan akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan situasi serta langkah seterusnya.

Twig Events turut memohon maaf atas kesulitan dan berterima kasih atas sokongan terhadap acara muzik di Sarawak.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Dari ‘Anak Soleh’ ke ‘Intifada’, Rabbani gamit nostalgia bersama peminat
Next: Monica de Caro buat penampilan sulung dalam filem perisikan ‘Killmaster’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.