Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri
  • SUKAN

Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri

Utusan Sarawak 5 hours ago
Foto Agensi

DUNDEE (Scotland): Seorang peminat bola sepak yang mencederakan pemain pasukannya sendiri selepas membaling sebahagian kerusi ketika perlawanan Liga Perdana Scotland dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin, lapor PA Media/dpa.

David Gowans, 31, membaling objek tersebut ke dalam padang selepas perlawanan liga antara Aberdeen dan Dundee United di Dundee pada 17 Mei.

Objek itu mengenai pemain Aberdeen, Jack MacKenzie, yang pada waktu itu pergi ke kawasan hadapan penyokong Aberdeen yang hadir bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Pemain pertahanan tersebut, yang mengalami luka dalam pada kening kiri serta melecet di bawah mata kirinya, dilaporkan mengalami “kecacatan kekal” akibat insiden tersebut.

Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Sheriff Dundee pada Isnin, Sheriff Alastair Carmichael berkata kepada Gowans: “Tindakan anda mementingkan diri, bodoh, berbahaya dan amat tidak bertanggungjawab.

“Tiada alternatif munasabah selain hukuman penjara,” tambahnya.- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Slot berang kesilapan ‘pelik’ Szoboszlai 
Next: Kelab Pickleball Lanang anjur kejohanan ALL STAR untuk pengiktirafan ahli aktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.