Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemimpin Subis digesa proaktif jelaskan status projek rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Pemimpin Subis digesa proaktif jelaskan status projek rakyat

Utusan Sarawak 1 hour ago
PANTAU… Datuk Rosey Yunus bersama pihak JKR Miri semasa meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Tebingan Bekenu di Kampung Rambai di Miri, hari ini. 

MIRI: Pemimpin masyarakat di Daerah Subis diminta supaya lebih proaktif menyalurkan maklumat tepat berkaitan status projek pembangunan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan penduduk, khususnya berhubung kelewatan beberapa projek rakyat yang sedang dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, kekurangan penjelasan dan maklumat sahih sering mencetuskan andaian negatif serta rungutan di media sosial, sedangkan kelewatan projek kebanyakannya berpunca daripada faktor teknikal.

“Masyarakat tidak faham sebab mereka tidak tahu. Justeru, taklimat seperti ini penting supaya pemimpin tempatan dapat menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat. Kita tidak mahu perkara tidak tepat tular di Facebook sedangkan kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin, cuma berdepan sedikit masalah teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Taklimat Khas Projek Rakyat N71 Bekenu bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri, ketua masyarakat serta pihak kontraktor di Pejabat Daerah Subis dekat sini hari ini.

Menurut Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, penglibatan ketua masyarakat, pemanca dan ketua kaum amat penting dalam memastikan maklumat sahih dapat disampaikan dengan tepat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Tambahnya, pemantauan bersama antara agensi pelaksana, kontraktor dan pemimpin akar umbi perlu diperkukuhkan bagi memastikan segala isu teknikal dapat diselesaikan segera serta projek dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Dalam pada itu, taklimat oleh JKR Bahagian Miri memfokuskan beberapa projek utama termasuk pembinaan Tebingan Bekenu di Kampung Rambai, naik taraf Jalan Rambai–Bulau, pembinaan Jambatan Bulau serta penambahbaikan beberapa simpang utama di laluan pesisir Daerah Subis.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Penduduk Saratok digesa manfaatkan peluang disediakan MPB dalam industri lada
Next: Dataran budaya baharu bernilai RM1 juta bakal pacu aktiviti komuniti di Maludam  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.