Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemimpin perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku sebagai teladan
  • SUKAN

Pemimpin perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku sebagai teladan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus, Ashard Samshu bersama KMKK merakam kenangan bersama tiga penerima yang dilantik ialah Tr Felicia Juban, KK Tuah Gabak dan KK Mohammad Firdaus Kadel di Pejabat Daerah Subis, semalam.

BEKENU: Seorang pemimpin perlu sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kerana setiap percakapan serta tindak-tanduk mereka menjadi perhatian dan teladan kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, pemimpin bukan sahaja memikul tanggungjawab mentadbir dan memimpin, malah perlu menunjukkan akhlak, disiplin serta nilai murni yang boleh dicontohi oleh rakyat.

Menurut beliau, penggunaan bahasa yang sopan, berhemah dan penuh hormat mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat, selain mengelakkan salah faham serta perpecahan.

“Sebagai ketua, kita mesti menjaga tutur kata, bersikap berintegriti, adil dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan. Kepimpinan yang baik bermula dengan contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin itu sendiri,” katanya pada majlis penyerahan Sijil Perlantikan Baharu Ketua Kaum di Pejabat Daerah Subis semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, seseorang pemimpin perlu mengutamakan kepentingan rakyat, mengamalkan sikap rendah diri, bersedia menerima pandangan serta sentiasa bertindak mengikut undang-undang dan etika.

“Ketua Kaum memainkan peranan penting sebagai penghubung antara masyarakat dengan kerajaan selain memastikan keharmonian komuniti terus terpelihara, membantu menyelesaikan isu rakyat secara adil, menyampaikan dasar kerajaan serta menggerakkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pada majlis tersebut, tiga penerima yang dilantik ialah Tuai Rumah (TR) Felicia Juban bagi Kampung Bintang Sebatuk, Ketua Kampung (KK) Tuah Gabak (Tanjung Bungai) dan KK Mohammad Firdaus Kadel (Kuala Sibuti).

Turut hadir Pegawai Daerah Subis (DO) Ashard Samshu, Pemanca Dr Ali Mudin, Penghulu Junit, Penghulu Wan Pauzi, Penghulu Kadir dan Penghulu Januin dan Penghulu Epat.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Maghribi singkir Belanda menerusi penalti, mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia
Next: Maghribi ‘tidak boleh dihentikan’ kata jurulatih selepas aksi mendebarkan menentang Belanda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.