PEMIMPIN MASYARAKAT BERPERANAN SEBARKAN MAKLUMAT SAHIH

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMIMPIN masyarakat, yang terdiri dari kalangan Ketua Kampung, Tuai Rumah, Penghulu, Pemanca, Temenggong, Kapitan Cina, dan seumpamanya, dilantik oleh kerajaan bagi kawasan-kawasan yang tertentu yang dirasakan memerlukan pelbagai bantuan.

Dalam erti kata lain, mereka dilantik sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak kerajaan untuk memastikan kesejahteraan komuniti yang diamanahkan kepada masing-masing pemimpin masyarakat terbela.

Mereka juga diibaratkan ‘jambatan’ bagi memudahkan interaksi antara kerajaan dengan rakyat melandasi sebarang dasar yang diformulasikan oleh pihak kerajaan agar difahami oleh rakyat, serta inti pati formulasi itu sampai kepada peringkat akar umbi. Atas sebab itulah mengapa pemimpin masyarakat juga digelar ‘pemimpin akar umbi’.

Dapat kita lihat bagaimana semua kaum yang besar bilangan mereka pada satu-satu tempat akan ada dilantik dalam kalangan mereka pemimpin untuk mewakili mereka.

Justeru, adalah amat dituntut harus ada dalam setiap pemimpin masyarakat sikap ingin menolong rakyat, rapat dengan sumber atasan pihak kerajaan, serta memastikan hanya maklumat yang sahih saja yang harus disebarkan, dengan kefahaman yang jitu bahawa kita semua memerlukan keharmonian dalam setiap kelompok masyarakat.

Sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’  kerajaan para pemimpin masyarakat haruslah sentiasa sensitif terhadap apa jua sebarang salah laku atau salah sebar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tentang maklumat-maklumat palsu, atau bersifat fitnah, serta memburuksangka terhadap kerajaan.

Pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan harus dibantu oleh pemimpin masyarakat agar disebarkan secara meluas kepada masyarakat dengan pemahaman yang betul, bukan disalah tafsirkan atau sengaja dipersenda-remehkan.

Sebagai contoh, dalam sebuah kawasan yang sebilangan besar masyarakatnya terdiri dari kalangan kaum Cina yang  kurang memahami bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, harus dibantu oleh pemimpin masyarakat agar mereka mendapat maklumat betul melalui terjemahan yang baik.

Dalam erti kata lain, mereka juga bolehlah diibaratkan sebagai ‘promoter’ atau ‘pusat maklumat’ bagi pihak kerajaan untuk memastikan rakyat faham apa itu, sebagai contoh, Dana Anugerah atau Endowment Fund Sarawak (EFS), apa manfaatnya untuk rakyat; atau apa itu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), siapa yang sepatutnya memanfaatkannya, dan seumpamanya.

Pemimpin masyarakat berperanan memandu rakyat agar memahami hala tuju kerajaan sambil pada masa yang sama berperanan juga untuk mewakili rakyat menyalurkan kehendak dan aspirasi mereka apa yang dimahukan oleh rakyat jelata.

Dalam konteks masyarakat kontemporari, pengetahuan dalam penggunaan media sosial juga perlu dijadikan pendekatan mutakhir mereka.

PRU-15 berlumpur?

KINI isu banjir menjadi polemik ketika banyak pihak meramal kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan hujung Oktober hingga awal

Persoalan kerusi Parlimen baharu

APABILA dibangkitkan isu keperluan 35  peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, ada pandangan-pandaNgan lain berkaitan isu ini dikemukakan oleh

Ratu Elizabeth II dan Sarawak

PADA 8 September minggu lalu, kita mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II. Pemergian Ratu ini mendapat liputan meluas dalam

Sejarah agihan kerusi Parlimen Sarawak

KETIKA pembentukan Malaysia, kerusi Parlimen yang mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen negara. Ada