Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemimpin komuniti digalak jadi penghubung perkhidmatan PSSS
  • SEMASA

Pemimpin komuniti digalak jadi penghubung perkhidmatan PSSS

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama penerima sijil sempena Program Sahabat PSSS Yayasan Kebajikan Negara (YKN): Pemimpin dan Rakan Strategik Prihatin di sebuah hotel terkemuka, Kuching, hari ini.

KUCHING: Pemimpin masyarakat disaran memainkan peranan sebagai penggerak dan penghubung dalam memastikan perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sampai kepada golongan yang memerlukan di peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kehadiran PSSS amat penting dalam menangani pelbagai isu masyarakat masa kini termasuk kesihatan mental, keganasan rumah tangga, penderaan, buli dan gangguan seksual.

“PSSS menyediakan platform sokongan komprehensif melalui khidmat kaunseling profesional serta intervensi sosial bagi membantu individu dan keluarga yang berdepan cabaran kehidupan.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap para pemimpin masyarakat dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan dan memastikan perkhidmatan ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sahabat PSSS Yayasan Kebajikan Negara (YKN): Pemimpin dan Rakan Strategik Prihatin di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

 MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berucap pada merasmikan Program Sahabat PSSS Yayasan Kebajikan Negara (YKN): Pemimpin dan Rakan Strategik Prihatin di sebuah hotel terkemuka, Kuching, hari ini.  

Tambah beliau, program tersebut disertai kira-kira 200 pemimpin masyarakat dari seluruh Parlimen Santubong, bertujuan menggalakkan mereka menjadi sahabat kepada inisiatif PSSS di bawah YKN.

Dalam pada itu, Nancy turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik yang terus menyokong agenda kebajikan negara melalui pelbagai bentuk sumbangan termasuk pembiayaan, kepakaran teknikal dan sokongan strategik.

“Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta membantu memperkukuh keupayaan YKN dalam menyampaikan bantuan secara lebih efektif dan inklusif.

“YKN mengalu-alukan lebih banyak kolaborasi dalam bidang pendidikan, kebajikan dan kesihatan bagi memperluas capaian perkhidmatan kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau menambah, pelbagai inisiatif kebajikan disediakan di bawah YKN termasuk Program Anjung Kasih, Kiosk Kasih, Wanita Dinamik, bantuan bakul makanan, Kembali ke Sekolah serta Tabung Kasih Prihatin.

“Sumbangan tunai kepada YKN layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, sekali gus memberi nilai tambah kepada penyumbang.

“Saya berharap semua pihak akan terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti secara menyeluruh,” ujarnya.

Terdahulu, para peserta mengikuti sesi bersama Kaunselor Berdaftar PSSS YKN, Dr Christie Augustine Kiek bertajuk ‘Pemimpin Sejahtera, Komuniti Bahagia’, selain taklimat berkaitan jenayah siber oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Superintenden Dr Collin Babat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Institusi keluarga diutamakan tangani isu warga emas terabai
Next: PAS Sarawak sasar lima kawasan Parlimen, fokus isu tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.