Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemimpin GPS sedia hadapi PRN-12
  • SEMASA

Pemimpin GPS sedia hadapi PRN-12

Utusan Sarawak 4 years ago
RAMAH MESRA… Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar beramah mesra bersama dengan pemimpin masyarakat dari DUN Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak laut yang hadir pada Sesi Bersama Pemimpin di Kuching.

KUCHING: Pemimpin masyarakat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan parlimen Santubong sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pada sesi Randau anjuran Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, para pemimpin turut berikrar untuk memberikan sokongan penuh kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diletakkan parti dalam pemilihan itu.

Katanya, sokongan daripada pemimpin masyarakat adalah penting kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan rakyat dan pendapat serta pandangan mereka adalah penting untuk membantu wakil rakyat menilai sentimen semasa rakyat.

“Pemimpin ini mewakili rakyat dan itulah sebabnya penting untuk sentiasa melibatkan diri dengan mereka untuk mengikuti perkembangan apa yang berlaku di peringkat akar umbi.

“Saya sememangnya gembira untuk terus menerima sokongan yang begitu kuat daripada pemimpin masyarakat kawasan saya dan saya tahu mereka sudah bersedia untuk pilihan raya negeri,” katanya selepas sesi bersama pemimpin yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview, di sini, pada Sabtu lalu.

Lebih 100 ketua masyarakat dari tiga DUN Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut menghadiri sesi bersama pemimpin anjuran Dr. Wan Junaidi.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada pemimpin mengenai pelbagai agenda transformasi yang dijalankan kerajaan termasuk Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta isu-isu mengenai Undi 18 dan pendaftaran pengundian automatik.

“Dua isu ini sedang banyak dipolitikkan oleh mereka, termasuk ahli politik, yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat yang betul mengenai perkara itu.

“Sebab itu penting untuk mengadakan sesi taklimat seperti ini secara berkala dengan ketua masyarakat supaya mereka dapat membantu menjelaskan isu ini kepada orang ramai,” tambahnya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Pembuatan serbuk sabut kelapa industri berpotensi
Next: Peruntukkan lebih RM8 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.